Mercedes-Benz dedah rekaan kabin EQE SUV, lengkap dengan MBUX Hyperscreen

oleh Mohamad Hanif|
Tanggal 16 Oktober, Mercedes-Benz akan melancarkan sebuah lagi SUV berkuasa elektrik yang bakal menjadi varian pelbagai guna untuk sedan EQE yang telah diperkenalkan sebelum ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk mereka yang tidak sabar menantikan kehadiran model baharu tersebut, Mercedes-Benz mengambil kesempatan mendedahkan gambar acah yang memaparkan reka bentuk ruang kabin EQE SUV.
 

EQE


Mercedes menyifatkan EQE SUV sebagai sebuah kenderaan yang membawakan tema hyper-analog, dan ia juga boleh didapati dengan ciri MBUX Hyperscreen yang menampilkan tiga skrin berasingan di bawah sekeping panel kaca tunggal.

Selain daripada itu, ia juga turut menampilkan corong pendingin hawa yang diinspirasikan daripada rekaan turbin, serta 'terowong transmisi' terapung.
 

EQE


Para pembeli EQE SUV boleh memilih sehingga lima kombinasi warna menarik, termasuk kombinasi kulit perang balao dan neva grey.

Mercedes juga turut menggunakan bahan hibrid baharu yang dikatakan menggandingkan 'kehangatan kayu dan kesejukan teknikal aluminium sebenar' di dalam ruang kabin SUV tersebut.
 

EQE


Dari segi trenkuasa, EQE SUV dijangka membawakan penawaran yang hampir sama dengan model sedan elektrik EQE.

Versi aras mula mungkin sekali akan tampil dengan konfigurasi motor elektrik tunggal yang berupaya menghasilkan 288 hp dan 530 Nm, sistem pacuan roda belakang, serta pek bateri 90.6 kWh yang membenarkan jarak operasi sejauh 660 km.

Mercedes-Benz jgua dikatakan telah mendaftarkan tanda dagang untuk model berprestasi tinggi AMG, dengan tetapan motor elektrik berkembar, angka kuasa kuda bermula dari 469 hp/858 Nm, serta sistem pacuan semua roda 4MATIC.