Mercedes-Benz dan Montfort Boys Town Perkukuhkan Pendidikan Menerusi Program Perintis Global Moden

oleh Penyumbang Rencana 2|
Mercedes-Benz Malaysia telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama Montfort Boys Town, Shah Alam untuk memperkukuhkan lagi kekuatan dunia pendidikan dan komitmen pengambilan pelajar dalam program Perintis Global Moden.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Program ini telah berlangsung selama dua tahun dengan pelbagai aktiviti yang dilaksanakan. Antaranya seperti latihan ‘Train the Trainer’ di mana Mercedes-Benz Malaysia menyediakan latihan kemahiran teknikal dan kepakaran terhadap model semasa Mercedes-Benz menerusi kemahiran pelatih Montfort Boys Town. 

Program dibawa Akademi Latihan Mercedes-Benz ditawarkan kepada pelajar lepasan sekolah menengah dan layak serta akan menerima biasiswa penuh. 

Malah mereka akan menjadi pelatih dibawah Mercedes-Benz Malaysia dan mendapat elaun RM800 setiap bulan selama tiga tahun pengajian. Seterusnya jaminan pekerjaan akan diberikan bersama gaji minimum pada tahun pertama.

Disamping itu ia ini meliputi pelbagai sukatan pelajaran dan garis panduan latihan yang mempunyai kelulusan Mercedes-Benz Global Training dan Mercedes-Benz Competence serta berada di pendidikan tahap 3. Bahkan ia disahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran di Bawah Kementerian Sumber Manusia.

Dengan pelaburan lebih kurang RM 100 ribu untuk setiap pelajar, program ini merupakan strategi penjenamaan dan merupakan profile baharu Mercedes-Benz dalam pembangunan terhadap teknologi  Pakar Kenderaan Elektrik yang akan mula diperkenalkan pada kemasukan 2022.

Ini termasuklah modul latihan dan kelengkapan mobility untuk persedian terhadap permintaan teknologi ini di masa hadapan.

Penulis: IZRA

Berita Berkenaan

Berita Domestik
MOU itu akan memudahkan kajian ke dalam pengeluaran CKD bagi versi pemanduan kanan GAC EMKOO bagi…
Berita Domestik
MoU tersebut ditandatangani oleh Naib Presiden Chery Auto Malaysia, Lee Wen Hsiang dan Pengarah…
Berita Domestik
"Cadangan lebuh raya sepanjang 53 kilometer itu meliputi kawasan di sepanjang Sungai Klang di…