Mercedes-Benz Concept CLA-Class diperlihatkan, platform MMA, jarak gerak 750 km

oleh Mohamad Hanif|
Mercedes-Benz kini sudah pun mempunyai barisan produk kenderaan elektrik yang hampir menyeluruh, bermula daripada EQA sehinggalah model SUV EQS.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun tidak seperti model-model EQ yang lebih moden (EQS, EQS SUV, EQE, EQE SUV) menggunakan platform EV yang khusus, model aras mula EQA dan EQB sebenarnya masih lagi berkongsi platform MFA2 yang sama digunakan oleh model berenjin GLA-Class dan GLB-Class.

Jadi untuk barisan model mewah kompak (Entry Luxury), Mercedes akan mula menggunakan platform serba baharu Mercedes-Benz Modular Architecture (MMA), seperti yang diperlihatkan pada model Concept CLA-Class di acara IAA 2023 di Munich, Jerman.

Berikut merupakan fakta ringkas berkenaan Concept CLA-Class:

CLA


1. Ia masih lagi mengekalkan perkadaran bentuk badan sedan coupe empat pintu seperti model asal yang muncul pada tahun 2014.

Namun ia didatangkan dengan dimensi hud depan yang lebih panjang, diikuti dengan dek belakang yang lebih pendek, demi penampilan yang sporti.

2. Rekaan 'jeriji' hadapan yang lebih berani, lengkap dengan elemen bintang bercahaya, dan bentuk yang diinspirasikan daripada rodaster AMG GT.
 

CLA


3. Lampu depan dan belakang menampilkan grafik logo Mercedes-Benz yang dihubungkan dengan bar LED melintang.

4. Berita baik, susun atur ruang kabin CLA-Class tampak lebih ringkas, meminjam elemen daripada Vision EQXX yang menampilkan skrin paparan Superscreen.

Tanpa kehadiran skrin sebesar 56 inci seperti yang wujud pada EQS dan EQE, rekaan papan pemuka itu nyata menjadikan ruang kabin lebih luas.
 

CLA


5. 'Corong pendingin hawa' di bahagian kiri dan kanan menempatkan dial kawalan iklim dua zon, di mana udara sejuk sebenarnya disalurkan daripada bilah di belakang Superscreen itu tadi.

6. Concept CLA-Class juga turut menerapkan penggunaan bahan yang lestari, seperti contoh aksen fabrik ungu daripada plastik PET yang dikitar semula, alas lantai daripada buluh, kemasan perehat tangan dan pemegang pintu perak satin yang sebenarnya diperbuat daripada kertas kitar semula.
 

CLA


7. Unit infohibur CLA-Class ini menggunakan sistem operasi MB.OS yang menawarkan operasi yang lebih pantas, grafik lebih tajam dan kefungsian yang dipertingkatkan.

8. Mercedes-Benz CLA-Class baharu ini mampu bergerak sejauh 750 km untuk sekali cas penuh, dengan kadar penggunaan tenaga 8.37 km/kWh.
 

CLA


9. Concept CLA-Class membawakan senibina elektrik 800-voltan, dengan keupayaan pengecasan DC 250 kW (pengecasan 15 minit boleh tambah jarak sejauh 400 km).

10. Kuasa daripada bateri akan disalurkan kepada unit pacuan belakang Mercedes-Benz Electric Drive Unit (MB.EDU) yang menggandingkan motor elektrik, transmisi dua kelajuan serta komponen inverter dan elektronik yang berkaitan.

Setiap satu unit mempunyai berat sekitar 110 kg, dan mampu menghasilkan kuasa setinggi 235 hp.

Penggunaan logam nadir bumi di dalam MB.EDU juga adalah kurang jika dibandingkan dengan binaan motor elektrik Mercedes yang terdahulu.
 

CLA


11. Selain daripada versi EV, CLA-Class akan ditawarkan dalam versi enjin pembakaran dalaman (ICE).

12. Platform MMA juga akan melahirkan sekurang-kurangnya tiga model - dua crossover dan sebuah station wagon, berkemungkinan besar GLA-Class, GLB-Class, dan CLA shooting brake.

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia menampilkan trenkuasa plug-in hybrid 1.5 liter (PHEV) yang menawarkan jarak gerak elektrik…
Berita Global
Walaupun digelar sebagai 'kereta terbang', secara asasnya ia adalah sebuah quadkopter dengan…
Berita Global
Menurut Daihatsu, kereta "open-top" tanpa bumbung ini sesuai untuk mereka yang suka menikmati udara…