Mercedes-Benz cemerlang Q1 2019 - kekal jenama premium #1 Malaysia

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Selaku jenama premium nombor satu di Malaysia, Mercedes-Benz bekerja keras seawal permulaan tahun 2019 bagi mengekalkan momentum penguasaan pasaran sedia ada. 

Ini dibuktikan dengan pelancaran lima model baharu untuk suku pertama tahun 2019, iaitu E200 SPORTSTYLE Avantgarde, E 300 Exclusive, E 350 AMG Line, GLC 300 Coupe, dan GLE 450 AMG Line. 

Menurut Mark Raine, Naib Presiden Jualan dan Pemasaran Mercedes-Benz Malaysia, jenama premium ini mencatatkan jualan sebanyak 2,944 unit untuk tiga bulan pertama dengan Mac mencatatkan jualan tertinggi sebanyak 1,334 unit kenderaan. 
 


Selain daripada itu, Mercedes-Benz Services Malaysia (MBSM) turut merekodkan portfolio pembiayaan melebihi RM2.7 billion bagi tempoh yang sama, dengan peningkatan sebanyak 0.3 billion. 

Mercedes-Benz sehingga kini mempunyai kira-kira 18,500 orang pelanggan aktif di mana hampir separuh daripada kenderaan yang dijual dibiayai dan diberi perlindungan insurans daripada MBSM. 
 


Tahun 2019 masih lagi berbaki sembilan bulan dan Dr Weidner selaku Presiden dan CEO Mercedes-Benz optimis akan terus mengekalkan momentum Q1 2019 di samping memperkenalkan lebih banyak barisan produk premium pada masa akan datang. 

 

Berita Berkenaan

Informasi
Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya rasa bertuah kerana Mercedes-Benz Malaysia tidak lokek…
Model Terbaharu
Tidak seperti penawaran C 200 dan C 300 sedia ada, C 350 e secara asasnya merupakan sebuah sedan…
Pelancaran
Tidak seperti model terdahulu, GLA-Class hanya boleh didapati dalam varian tunggal GLA 200 sahaja,…