Mercedes-Benz C-Class All-Terrain - untuk mereka yang anti-SUV

oleh Mohamad Hanif|
Keluarga C-Class, serta All-Terrain khususnya kini mendapat ahli baharu dengan pengenalan model Mercedes-Benz C-Class All-Terrain 2022 yang mengikuti jejak langkah E-Class All-Terrain yang lebih besar saiznya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berbeza daripada C-Class Estate (wagon), C-Class All-Terrain membawakan penambahan jarak kelegaan tanah setinggi 40 mm, penampilan gril hadapan yang unik, skid plate di depan dan belakang, serta pemasangan cladding plastik pada arka roda.
 

C-class


Dengan penambahan itu tadi, ini bermakna C-Class All-Terrain lebih panjang 4 mm dan lebar 21 mm berbanding model C-Class Estate standard.

Mercedes-Benz turut melengkapkan sistem suspensi four-link yang asal dengan komponen steering knuckles yang lebih besar, serta dua mod pemanduan Dynamic Select baharu iaitu Offroad dan Offroad+ dengan ciri kawalan penurunan cerun yang dinamakan sebagai Downhill Speed Regulation.

Selain daripada itu, terdapat pelbagai pilihan rekaan rim bersaiz 17 hingga 19 inci, diikuti dengan pakej kemasan serta trim yang dikehendaki oleh pelanggan.
 

C-Class


Mahu menunda muatan? Usah risau kerana dari kilang, C-Class All-Terrain ini boleh dipasangkan dengan cangkuk trailer elektrik, ball-head, serta sistem penstabilan trailer ESP secara opsyen, serta bantuan trailer maneuvering yang mampu mengawal sudut stereng secara automatik pada kelajuan sehingga 5 km/j.

C-Class All-Terrain memiliki kapasiti tunda sekitar 1,800 kg.

Sistem pacuan semua roda 4MATIC pula mampu menyalurkan sehingga 45 peratus kuasa kepada roda hadapan dan selebihnya pada roda belakang, di mana kuasa diperoleh daripada enjin 2.0 liter yang dipadankan dengan pemula-penjana terintegrasi (ISG) atau enjin diesel 2.0 liter dengan ISG dan sistem elektrik 48 voltan.
 

C-Class


Model All-Terrain ini bakal dipamerkan pada acara International Motor Show Munich pada bulan hadapan, dan seperti yang anda jangka, ia hanya dikhususkan untuk pasaran Eropah sahaja, dimana permintaan terhadap wagon masih lagi menggalakkan.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sama seperti penawaran terdahulu, C-Class boleh didapati dalam dua varian utama, iaitu C 200…
Pelancaran
Boleh didapati dalam dua varian, iaitu C 200 Avantgarde Line dan juga C 300 AMG Line, C-Class…
Model Terbaharu
Tidak seperti pesaingnya, Mercedes-Benz mengambil jalan yang selamat dengan mengimplementasikan…