Mercedes-Benz C-Class 2022 bakal hadir dengan trenkuasa hibrid sahaja!

oleh Mohamad Hanif|
23 Februari bakal menjadi satu tarikh bersejarah menerusi pelancaran sedan generasi baharu C-Class, di mana Mercedes-Benz membuat keputusan merombak kembali penawaran trenkuasa pada sedan segmen D itu.

Ini kerana buat pertama kalinya, Mercedes-Benz tidak lagi menawarkan pilihan enjin pembakaran dalaman semata-mata, sebaliknya semua varian akan dilengkapi dengan trenkuasa bantuan elektrik.

Ini bermakna, sedan C-Class 2022 bakal ditawarkan dalam enjin empat silinder sebaris mild-hybrid untuk versi aras mula, serta trenkuasa plug-in hybrid (PHEV) untuk varian yang lebih tinggi.

 

 


Sementara varian prestasi tinggi Mercedes-AMG C 63 pula tidak lagi menawarkan enjin bentangan V8 turbo berkembar sebagaimana model terdahulu, sebaliknya akan menampilkan trenkuasa hibrid (2.0 liter PHEV) yang mampu menghasilkan kuasa melebihi 500 hp.

Sebelum ini Mercedes telah pun memperlihatkan secara tidak rasmi C-Class generasi baharu menerusi model yang penuh dengan pelekat samaran, serta teknologi yang bakal dipinjamkan daripada model abangnya S-Class, seperti skrin tengah condong dan skrin instrumen berbentuk tablet.

 

Berita Berkenaan

Telah Diuji
Dalam era EV Mercedes-Benz masih lagi setia menawarkan bentuk badan sedan tatkala pesaing rapat…
Berita Global
Terbaharu, jenama mewah Jerman itu mengumumkan penamatan produksi bagi model CLS-Class seperti yang…
Model Terbaharu
Syarikat Jerman itu berusaha menggabungkan ciri-ciri kemewahan dan keselesaan tradisional nama…