Mercedes Benz C-Class 2021 terdedah lebih awal - bawakan sistem infotainmen dari S-Class

oleh Mohamad Hanif|
Beberapa hari sebelum pelancaran rasmi yang dijadualkan berlangsung pada esok hari (23 Februari), laman Facebook The Automobilist telah pun berjaya memperoleh gambar 'tidak rasmi' generasi baharu C-Class 2021.

Gambar tanpa sebarang pelekat samaran itu berjaya menampakkan rupa sebenar model yang bakal memberikan saingan kepada BMW 3-Series yang ternyata banyak membawakan inspirasi elemen rekaan daripada S-Class.

 


Apa yang lebih menarik, sistem infotainmen dan rekaan papan pemuka C-Class ini membawakan unit yang sama dimuatkan pada model S-Class generasi baharu, terdiri daripada skrin kluster digital menggantikan unit meter analog, dan skrin infotainmen tengah dengan posisi condong.

Selain daripada itu, tidak seperti model S-Class, model C-Class bakal menampilkan corong pendingin hawa berbentuk bulat, serta kehadiran sistem paparan head-up berwarna.

 


Seperti yang diberitakan sebelum ini, generasi baharu C-Class ini tidak lagi menawarkan unit trenkuasa konvensional, sebaliknya Mercedes-Benz menawarkan unit trenkuasa hibrid yang lebih efisien, dibantu dengan sistem teknologi pemanduan autonomi termaju.

Perincian lanjut hanya akan diketahui menjelang pelancaran rasmi Mercedes-Benz C-Class pada esok hari.

Sumber: FB The Automobilist

Berita Berkenaan

Berita Global
Model yang bakal dikenali sebagai C-Class dengan teknologi EQ itu tampil dengan kabin futuristik…
Berita Global
Lebih 25 peratus komponen dalam EQS baharu telah dibangunkan semula atau ditambah baik, termasuk…
Model Terbaharu
Ditawarkan dalam dua varian iaitu Mercedes-Benz GLA 200 Nightfall Edition dan Mercedes-Benz GLA 250…