Mercedes-Benz C-Class 2018 - tiga varian, harga dari RM260k

oleh Mohamad Hanif|
Mercedes-Benz Malaysia telah memperkenalkan sedan C-Class serba baharu, sedan segmen D yang dilengkapi dengan rekaan yang menawan, ciri keselamatan dan sistem bantuan pemanduan terkini, serta dinamik pemanduan yang ditambah baik.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Penambahan tersebut boleh dilihat pada bahagian luaran dengan elemen AVANTGARDE menampilkan bumper hadapan yang lebih dinamik dihiasi dengan elemen krom dan bukaan ruang udara berbentuk diamond-pattern mesh berwarna hitam.
 


Lampu hadapan dan belakang pula direka semula dengan garisan kontur jelas menampakkan lagi karakter moden yang cuba dibawakan oleh C-Class, manakala untuk varian C300 dan AMG C 43, kedua-dua model tersebut hadir dengan ciri Multibeam LED. 

 


Ruangan kabin mempersembahkan rekaan berkualiti tinggi serta integrasi fungsi yang cemerlang dengan kehadiran skrin kokpit digital bersaiz 12.3 inci yang boleh diubah paparan kepada "Classic", "Sport" dan "Progressive".

Manakala skrin tengah pula bersaiz 10.25 inci memaparkan sistem hiburan untuk para penumpang, selain memberikan informasi berkenaan status terkini kenderaan selain turut menawarkan sambungan menerusi Apple CarPlay dan Android Auto. 
 


Ciri keselamatan Blind Spot Assist hadir untuk varian C 200 Avantgarde yang mampu berfungsi dari julat kelajuan 10-200 km/j, manakala ciri yang eksklusif untuk C 300 dan C 43 pula ialah Active Lane Keeping Assist dengan julat operasi kelajuan antara 60-200 km/j. 

Berikut merupakan spesifikasi ringkas untuk setiap varian. 

Mercedes-Benz C 200 Avantgarde


Enjin: M264 1.5 liter empat silinder sebaris
Sesaran: 1,497 cc
EQ Boost: 48V
Kuasa: 184 hp + 13 hp (EQ Boost)
Daya kilas: 280 Nm @ 3,000-4,000 rpm + 160 Nm (EQ Boost)
FC: 6.0 liter/100 km
Pecutan: 7.7 saat (0-100 km/j)
Laju maksimum: 239 km/j
Harga: RM259,888

 

 

Mercedes-Benz C 300 AMG


Enjin: M264 2.0 liter empat silinder sebaris
Sesaran: 1,991 cc
Kuasa: 258 hp
Daya kilas: 370 Nm @ 1,800-4,000 rpm
FC: 6.5 liter/100 km
Pecutan: 5.9 saat (0-100 km/j)
Laju maksimum: 250 km/j
Harga: RM304,888

 

Mercedes-AMG C 43 4MATIC


Enjin: M276 3.0 liter V6 bi-turbo
Sesaran: 2,996 cc
Kuasa: 390 hp
Daya kilas: 520 Nm
FC: 7.8 liter/100 km
Pecutan: 4.7 saat (0-100 km/j)
Laju maksimum: 250 km/j
Harga: RM421,888

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Tidak seperti penawaran C 200 dan C 300 sedia ada, C 350 e secara asasnya merupakan sebuah sedan…
Telah Diuji
Baik yang elektrik sepenuh masa, atau model sedan yang dilengkapi dengan enjin pembakaran dalaman…
Berita Global
Untuk tempoh masa terhad, C 63 S E Performance ini boleh didapati dalam versi F1 Edition dengan…