Generasi pertama C-Class diperkenal pada Mei 1993. C 280 pula merupakan model teratas dengan enjin 2.8 liter enam silinder.
Enjin menghasilkan 193 kuasa kuda (hp) dan disalurkan ke jalan raya melalui kotak gear automatik.
Kedudukan teratas kemudiannya beralih stereng kepada C 36 AMG pada September 1993.
C 280 ini didatangkan dalam spesifikasi Sport seperti yang tertera pada dapra.

Di antara ciri khas seperti suspensi 25 milimeter (mm) lebih rendah dan lebih tegar, tayar lebar dan rim aloi ringan AMG.
Lagi spesifikasi untuk C Class seperti Classic, Esprit dan Elegance.
Seperkara lagi jangan dibuat untuk Mercedes-Benz lama adalah balutan kulit warna atau gabungan pelik-pelik.
Pengecualian diberikan untuk bahagian dalam unit ini dengan balutan warna hijau dan hitam.

Kenapa si hijau C Class tahun 1996 ini diberi pengecualian?
Setahun sebelum itu, pusat perundingan Mercedes-Benz designo dibuka di kilang Sindelfingen, Jerman.
Di situ merupakan tempat pakar Mercedes-Benz berbincang dengan pelanggan untuk menghasilkan tempahan mereka.
Hari ini khidmat tempahan khas Mercedes-Benz dikenali sebagai MANUFAKTUR dan studio baharu baru saja dibuka di kilang sama.

C 280 Designo Green Metallic dipamerkan di Muzium Mercedes-Benz dan pelawat juga boleh menyaksikan warna-warna menarik.
Pengunjung boleh meminjam cermin mata EnChroma® secara percuma untuk melihat penukaran warna model ikonik yang dipamerkan.
Mercedes-Benz bukan baharu dalam permainan warna sebagai contoh pada 1953 hanya lima warna ditawarkan sebagai pilihan standard.
Dalam tempoh beberapa tahun atau bermula 1956, Mercedes-Benz mempunyai 26 warna tunggal dan 23 warna dua tona.

Pada tahun 90-an, Mercedes-Benz sekali lagi bermain dengan warna dan boleh dilihat pada SLK (R 170 dari 1996) dibuat dalam warna kuning terang.
CLK Coupé (C 208 dari 1997) pula berwarna biru metalik.
Warna hijau muncul kembali pada 2024 melalui A 45 S 4MATIC+ Limited Edition dalam warna khusus AMG Green Hell Magno.
Si hijau ini sebenarnya telah dibawa ke pasaran tempatan sebanyak sepuluh unit dan setiap satu ditawarkan pada harga RM558,888.
Penulis: Muhammad Md Tajudin
