Mercedes-Benz C 200 AMG Line - enjin 2.0 liter, 204 hp/300 Nm, bermula dari RM252 ribu

oleh Mohamad Hanif|
Mercedes-Benz Malaysia telah memperkemaskan penawaran sedan terlaris mereka, C-Class dengan sebuah varian baharu yang dipertingkatkan, iaitu Mercedes-Benz C 200 AMG Line.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Penawaran varian 2.0 liter ini adalah bagi menggantikan ruang yang ditinggalkan oleh varian C 200 Avantgarde dengan enjin 1.5 liter EQ Boost yang telah pun dihentikan penjualannya.

 


Dari segi spesifikasi, C 200 AMG Line didatangkan dengan nadi empat silinder sebaris 2.0 liter dengan pengecas turbo yang menghasilkan 204 kuasa kuda dan 300 Nm daya kilas.

Dengan output tersebut, sedan C 200 ini mampu memecut sepantas 7.1 saat dari 0-100 km/j sebelum mencapai kelajuan tertinggi 250 km/j yang dihadkan secara elektronik.

 


Varian yang diperbaharui ini turut menerima beberapa pembaharuan seperti penampilan pakej AMG Line yang merangkumi apron hadapan AMG, ruang kemasukan udara yang lebih sporti, elemen krom dan apron belakang ala diffuser AMG.

Penampilan sporti ini diteruskan dengan pemasangan rim aloi ringan bersaiz 18 inci 5-spoke pada keempat-empat sudut arca roda.

 


Ruang dalaman juga turut menampilkan kemasan AMG Line yang terdiri daripada upholsteri kulit ARTICO, paddle shifter tergalvani dan pedal sports AMG.

Aspek keselamatan yang terdapat pada Mercedes-Benz C 200 AMG Line merangkumi Bantuan Brek Aktif, PRE-SAFE, Bantuan Titik Buta, tujuh beg udara, kawalan pelayaran Speedtronic dan brek kecemasan autonomi sebagai ciri standard.

 


Selain daripada itu, terdapat juga penawaran terkini Mercedes me connect yang membenarkan para pemilik Mercedes untuk kekal terhubung dengan kenderaan mereka, serta menikmati manfaat seperti sistem panggilan kecemasan, diagnosis kenderaan jarak jauh, kawalan iklim pra-kemasukan, sistem navigasi prediktif dan pengesan lokasi parkir.

Menurut Michael Jopp, Naib Presiden Jualan dan Pemasaran Mercedes-Benz Malaysia berkata, "C-Class telah pun menjadi salah satu model yang paling laris, dengan lebih 20 ribu unit telah pun terjual semenjak pengenalannya pada tahun 2014.

 


Harga jualan Mercedes-Benz C 200 AMG Line bermula dari RM251,587.39 atas jalan tanpa insurans, atau ansuran bulanan serendah RM2,988 menerusi program pembiayaan EaseProtect Financing yang turut merangkumi Comprehensive Motor Insurance serta perlindungan tayar dan rim untuk tahun pertama pemilikan.

Berita Berkenaan

Berita Global
Kedua-dua syarikat global itu akan mengadaptasi strategi digital, menghasilkan pendekatan pasaran…
Berita Global
  Bampar direka dengan bukaan liang udara yang minimum untuk penyejukan dan bahagian bawah badan…
Berita Global
  Kemewahan kereta ini boleh disaksikan di Muzium Mercedes-Benz di Jerman. Apa yang membuatkan…