Mercedes-Benz bakal tamatkan A-Class, B-Class 2025 - laporan

oleh Mohamad Hanif|
Demi menumpukan perhatian kepada model-model yang mendatangkan keuntungan yang lebih tinggi, Mercedes-Benz membuat keputusan untuk meringkaskan lagi penawaran model sedia dengan memperkenalkan tiga kategori utama, iaitu Entry Luxury, Core Luxury dan Top-End Luxury.

Untuk kategori Entry Luxury, Mercedes-Benz mahu mengurangkan lagi model daripada tujuh kepada empat model sahaja.

Biarpun tiada keputusan yang kukuh dibuat oleh Mercedes-Benz pada masa ini, terdapat laporan daripada penerbitan Jerman Handelsblatt yang menyebut model-model A-Class dan B-Class akan dihentikan penawarannya selepas tahun 2025.

Ini bermakna, model sedan dan hatchback A-Class serta B-Class tidak lagi akan mendapat generasi baharu dan perlahan-lahan dikeluarkan daripada barisan model Mercedes-Benz dalam tempoh tiga tahun.
 

GLB-Class


Disebabkan permintaan terhadap crossover masih lagi kukuh, GLA-Class dan GLB-Class masih lagi dikekalkan pada masa akan datang, dan dipercayai generasi baharu kedua-dua model itu akan berpindah menggunakan platform baharu MMA daripada platform MFA sedia ada.

Buat masa ini, Mercedes-Benz sedang mempersiapkan diri untuk melancarkan versi facelift bagi model A-Class dan B-Class, dan berdasarkan gambar intip besar kemungkinan tidak banyak perubahan akan dibawakan pada model facelift tersebut.

Sumber: Handelsblatt

Berita Berkenaan

Berita Global
Model yang bakal dikenali sebagai C-Class dengan teknologi EQ itu tampil dengan kabin futuristik…
Berita Global
Lebih 25 peratus komponen dalam EQS baharu telah dibangunkan semula atau ditambah baik, termasuk…
Model Terbaharu
Ditawarkan dalam dua varian iaitu Mercedes-Benz GLA 200 Nightfall Edition dan Mercedes-Benz GLA 250…