Mercedes-Benz bakal lancar kereta sports elektrik - nak lawan Tesla?

oleh Mohamad Hanif|
Melihatkan kepada regulasi pelepasan emisi yang semakin ketat dilaksanakan di Eropah, Mercedes-Benz mula memperkasakan jenama EQ dengan menawarkan barisan kereta elektrik untuk pengguna kebanyakan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Namun, bagaimana pula dengan pelanggan yang mahukan lebih daripada itu?

Menurut satu temubual yang dijalankan oleh Manager Magazin, CEO Ola Kallenius telah memberikan bayangan bahawa Mercedes akan mula mencabar Porsche menerusi model plug-in hybrid berprestasi tinggi, serta tidak ketinggalan Tesla menerusi platform baharu bagi kereta sports berkuasa elektrik!

Malah, CFO Daimler, Harald Wilhelm pada Jumaat lalu memberitahu Bloomberg TV, "kami mempunyai portfolio produk yang sangat komprehensif, termasuklah kereta sports, dan tidak lama lagi kereta sports berkuasa elektrik!"

Dalam tangan Mercedes, mereka kini sedang menunggu masa yang sesuai untuk melancarkan sedan elektrik EQS untuk digandingkan dengan model sedan mercu mereka S-Class.

Selain daripada itu, Mercedes-AMG One - sebuah supercar dengan nadi 1,000 hp F1 - juga sedang giat menjalani ujian ketahanan sebelum ia dibenarkan dipandu di atas jalan raya.

Sumber: Automotive News
 

Mercedes-EQ dengan sentuhan AMG?

Berita Berkenaan

Berita Global
Terbaharu, Mercedes-Benz Jepun membuka secara rasmi sebuah pusat pengedar pada 6 Disember yang…
Berita Global
Program langganan yang digelar sebagai Acceleration Increase itu sudah pun boleh didapati di laman…
Berita Global
Dalam usaha untuk memperkasakan penawaran model elektrik kepada umum, Mercedes-Benz mempunyai…