Mercedes-Benz B-Class 2019 - varian tunggal B 200 Progressive Line, bermula dari RM240k

oleh Mohamad Hanif|
Melengkapkan lagi penawaran kenderaan segmen premium untuk pasaran Malaysia, Mercedes-Benz nampaknya sudah bersedia untuk memperkenalkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV), Mercedes-Benz B-Class.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sama seperti model generasi kedua yang dilancarkan beberapa tahun yang lalu, Mercedes-Benz B-Class hanya ditawarkan dalam satu varian sahaja, iaitu B 200 Progressive Line. 

Enjin 1.6 liter turbo yang digunakan pada generasi terdahulu telah digantikan dengan enjin Renault yang lebih kecil - 1.33 liter turbo yang mampu menjana 163 hp dan 250 Nm daya kilas. 

Kuasa itu tadi disalurkan kepada roda hadapan menerusi transmisi 7G-DCT. 

 


Dibangunkan atas platform yang turut menghasilkan A-Class generasi baharu, minivan B-Class ini banyak membawakan elemen dan penggayaan daripada adiknya yang sedikit kecil itu, dan tampak lebih kemas berbanding generasi terdahulu. 

Antara kelengkapan standard yang didatangkan termasuklah lampu utama LED, rim aloi bersaiz 18 inci, serta kemasan luaran Progressive Line.
 


Manakala di bahagian dalaman pula tempat duduk balutan kulit hitam ARTICO menyambut kehadiran penumpang, manakala khusus untuk pemandu didatangkan pula roda stereng sporty balutan kulit dengan kehadiran butang fungsi yang pelbagai. 

B-Class juga banyak membawakan elemen yang terdapat pada A-Class, seperti sistem skrin berkembar yang melintangi papan pemuka, sistem lampu suram, serta sistem multimedia MBUX yang didatangkan dengan sambungan Apple CarPlay dan Android Auto.

Ruang kargo di belakang mampu menawarkan ruang bermula dari 455 liter sehinggalah sebesar 1,540 liter apabila tempat duduk baris kedua dibaringkan. 

 


Berikut merupakan senarai keselamatan yang didatangkan pada B 200 spesifikasi Malaysia:

  • Blind Spot Assist
  • Active Parking Assist
  • Active Brake Assist
  • Pre-Safe System
  • Tyre Pressure Monitoring System

Harga jualan bagi Mercedes-Benz B-Class B 200 unit CBU ini bermula dari RM239,888.00 atas jalan tanpa insurans, sedikit mahal berbanding harga model terdahulu (RM218,888).

 


Jika anda berminat untuk mengikuti pelan kewangan FinanceCare yang menawarkan kadar faedah 2.55% selama tiga tahun, anda hanya perlu membayar serendah RM6,456 per bulan setelah meletakkan wang pendahuluan 10% daripada nilai sebenar. 

 

harga B-Class

Berita Berkenaan

Berita Global
Untuk kategori Entry Luxury, Mercedes-Benz mahu mengurangkan lagi model daripada tujuh kepada empat…
Berita Global
Menurut laporan daripada Automobilwoche, wakil jenama Mercedes menjelaskan permintaan terhadap…
Berita Global
Boleh dikatakan, hampir kesemua kelas-kelas di bawah 'sekolah' Mercedes-Benz menerima talaan…