Mercedes-Benz akan panggil semula 660k unit di China

oleh HEZERI SAMSURI|
Lebih dari 660,000 unit Mercedes-Benz akan terbabit dalam kempen panggil semula (recall) pada hujung tahun ini kerana kemungkinan wujudnya kebocoran minyak pelincir.
Modenas

Satu pengadang di antara pam tekanan tinggi dan paip bahan api tekanan rendah dipercayai mampu gagal selepas beberapa lama, dan akan menyebabkan minyak pelincir bocor bila enjin dihidupkan dalam suhu sejuk.

Notis berkaitan kempen panggil semula itu dimuat-naik di dalam laman web rasmi Pengurusan Kawalan Pasaran Pengguna oleh agensi kerajaan China.

Kempen itu akan bermula pada 18 Disember dan melibatkan 668,954 unit kenderaan yang dibuat antara Februari 2013 sehingga Jun 2017.

Model-model terbabit termasuklah Mercedes-Benz C-Class, E-Class, GLK, CLS, SLC, GLC dan Vito.

Kebanyakan unit terbabit dikilangkan oleh Beijing Benz Automotive Company dan lebih kurang 12,500 unit pula dipasang oleh Fujian Benz Automotive Company. Unit yang diimport pula ialah sebanyak 36,000.

Pihak Mercedes-Benz akan menggantikan komponen tersebut secara percuma.

Bulan lepas, sebanyak 4,653 unit Mercedes-Benz G-Class dipanggil semula kerana mempunyai label berkaitan kunci keselamatan kanak-kanak (child safety lock) yang salah.

Di Malaysia, tidak ada satu pihak atau agensi kerajaan yang mahu membuat inisiatif dan memperkenalkan akta Panggil Semula atau akta Lemon untuk pengguna-pengguna automotif.

Kesemua kempen panggil semula yang dilakukan di Malaysia ialah atas usaha syarikat kenderaan itu sendiri.

* Laporan dari Associated Press


 

Add new comment

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Penulis sudah lama memperjuangkan isu ini tetapi usaha yang ada dari kerajaan dan agensi-agensi…
Berita Domestik
"Sekiranya ada kempen panggil-semula yang berlaku di US atau di Eropah, BMW Malasia akan…
Berita Domestik
Kempen ini bertujuan untuk memprogramkan semula unit kawalan transmisi CVT melibatkan kira-kira 4,…