Mercedes-Benz A-Class Sedan 2019 catat nilai Cd terendah dalam kelas kenderaan produksi

oleh Mohamad Hanif|
Di dalam pembangunan sedan di dalam keluarga A-Class, Mercedes berjaya mencatatkan nilai Cd (coefficient of drag) yang paling rendah, sekaligus merampas kedudukan tersebut daripada model CLA.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dengan nilai yang mencecah 0.22, Mercedes-Benz A-Class Sedan kini merupakan kereta yang paling kurang rintangan angin berjaya dihasilkan oleh Mercedes yang mensasarkan open jualannya pada akhir tahun ini.

 

Dengan beberapa pembaikan yang dijalankan ke atas model terdahulu dibantu oleh kejuruteraan berkomputer serta ujian terowong angin, Mercedes dilihat mampu menghasilkan sebuah sedan A-Class yang lebih baik.

Antara ciri yang turut membantu sedan A-Class ini mencapai nilai CD 0.22 ialah pengurangan kawasan yang menghadap rintangan angin sebanyak 2.19 meter persegi, serta penggunaan panel di bawah badan kereta yang membantu melindungi kawasan enjin, lantai utama, gandar belakang dan juga diffuser.

 

Mercedes mendakwa sedan baharu ini bakal mempunyai ruang kepala penumpang belakang yang paling besar di dalam kelasnya, dan kabin yang menarik, terima kasih kepada sistem infotainment MBUX yang terkini.

Mercedes-Benz A-Class Sedan bakal diproduksikan di kilang pemasangan bertempat di Aguascalientes, Mexico dan kilang Rastatt, Jerman.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kedua-dua syarikat global itu akan mengadaptasi strategi digital, menghasilkan pendekatan pasaran…
Berita Global
  Bampar direka dengan bukaan liang udara yang minimum untuk penyejukan dan bahagian bawah badan…
Berita Global
  Kemewahan kereta ini boleh disaksikan di Muzium Mercedes-Benz di Jerman. Apa yang membuatkan…