Mercedes-Benz A-Class Limousine kini di Malaysia - dua varian, bermula dari RM230 ribu

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Mercedes-Benz A-Class Limousine baharu sahaja membuat penampilan pertama secara rasmi hari ini apabila Mercedes-Benz Malaysia melancarkannya di KLSCH siang tadi. 

Sama seperti model hatchback, sedan A-Class (kod model V177) ini dibangunkan menggunakan platform Modular Front Architecture menawarkan dimensi yang lebih panjang, tinggi dan lebar. 

Dua varian ditawarkan iaitu A 200 Progressive Line dan model premium A 250 AMG Line. 
 


A-Class A 200 Progressive Line membawakan pelbagai kelengkapan seperti stereng sports balutan kulit, upholsteri kulit Artico/fabrik Fleron, trim krom, jahitan hiasan berwarna hitam serta kemasan ala-ala gentian karbon. 

Beranjak kepada varian A 250 AMG Line, ia membawakan lebih banyak ciri-ciri sedan sporty seperti penggunaan splitter hadapan berwarna krom, apron hadapan AMG, panel side sill AMG dan apron belakang AMG. 

Memasuki ruang dalaman pula, terdapat pakej Seat Comfort dengan head restrain boleh laras, pedal sport AMG kalis karat, serta stereng tiga batang flat-bottom balutan kulit Nappa menyambut kehadiran pemandu. 
 


Turut dibawakan daripada hatchback A-Class ialah rekaan papan pemuka ala-ala kereta futuristik lengkap dengan skrin paparan lebar dan corong pendingin hawa rekaan turbin. 

Tidak dilupakan ciri bantuan lampu suram (ambient light) yang datang dengan 64 warna, boleh ditukar mengikut kesesuaian dan mood pemilik.

Ciri kereta bercakap juga turut disertakan menerusi Mercedes-Benz User Experience (MBUX) yang boleh diaktifkan menerusi panggilan Hey Mercedes. 
 


Bercakap soal kuasa, A-Class A 200 Progressive Line didatangkan dengan enjin empat silinder 1.3 liter turbo menghasilkan 163 hp dan daya kilas 250 Nm yang masuk penuh pada julat putaran enjin 1,620 rpm. 

Manakala varian A 250 AMG Line pula hadir dengan enjin empat silinder berkuasa turbo M260 2.0 liter menghasilkan 224 hp dan 350 Nm. 

Versi A 200 tampil dengan transmisi tujuh nisbah kelajuan Getrag manakala versi tertinggi pula dipakaikan transmisi 7G-DCT. 

Pakej bantuan pemanduan membawakan sistem yang dipasangkan pada S-Class seperti 

  • Active Distance Control Distronic
  • Active Steering Assist
  • Active Speed Limit Assist
  • Active Brake Assist
  • Evasive Steering Assist
  • Active Blind Spot Assist
  • Pre-Safe Plus
  • tujuh beg udara
     


Harga jualan A-Class sedan pula bermula dari RM229,888 atas jalan tanpa insurans manakala varian A250 AMG Line pula sedikit mahal berbanding hatchback A 250, iaitu sekitar RM267,888 sahaja. 

Berikut merupakan spesifikasi ringkas A 200 Progressive Line dan A 250 AMG Line:

A 200 Progressive Line
Enjin: empat silinder sebaris, turbo
Sesaran: 1,332 cc
Kuasa: 163 hp
Daya Kilas: 250 Nm
Pecutan 0-100 km/j: 8.1 saat
Halaju Maksimum: 230 km/j
Harga: RM229,888

A 250 AMG Line
Enjin: empat silinder sebaris, turbo 
Sesaran: 1,991 cc
Kuasa: 224 hp
Daya Kilas: 350 Nm
Pecutan 0-100 km/j: 6.3 saat
Halaju maksimum: 250 km/j
Harga: RM267,888 (anggaran)
 

Berita Berkenaan

Informasi
Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya rasa bertuah kerana Mercedes-Benz Malaysia tidak lokek…
Model Terbaharu
Tidak seperti penawaran C 200 dan C 300 sedia ada, C 350 e secara asasnya merupakan sebuah sedan…
Pelancaran
Tidak seperti model terdahulu, GLA-Class hanya boleh didapati dalam varian tunggal GLA 200 sahaja,…