Mercedes-Benz 600 (W100) Pullman kereta pilihan diktator

oleh Penyumbang Rencana 2|
Mercedes-Benz mengambil masa 7 tahun pembangunan model Mercedes-Benz 600 (W100) Pullman yang memfokuskan kepada kereta paling mewah kereta keluaran Mercedes-Benz. Model ini dikeluarkan dari tahun 1963 sehingga 1981 yang dikenali sebagai Grand Mercedes yang dikhaskan untuk segmen kereta Ultra Luxury bersaing kereta keluaran Rolls-Royce.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Perkataan Pullman diambil dari nama George Mortimer Pullman, beliau merupakan revolusi pengangkutan gerabak kereta api mewah pada 1868. Sebelum ini pengangkutan kereta api sangat asas hanya menyediakan tempat duduk yang tidak selesa dan sempit.

 

Pullman menyediakan rekabentuk gerabak yang jauh lebih selesa gerabak beliau dikenali sebagai Sleeping Car.


Sepanjang 18 tahun pengeluaran Mercedes-Benz 600 (W100) hanya 2,677 unit dihasilkan.  Terdapat empat model Mercedes-Benz 600 (W100) dan 41 unit daripadanya adalah model kalis peluru.

 

Mercedes hanya membuat model ini hanya jika ada permintaan sahaja dan diperbuat sepenuhnya dengan tangan oleh kakitangan Mercedes yang terbaik yang dipilih bagi menghasilkan Mercedes-Benz 600, ini  menjadikan setiap model yang dihasilkan adalah tidak sama kerana ditempah mengikut kehendak pelanggan.

 

 

  • Short Wheel Base (SWB) model yang paling banyak dihasilkan 2,190 unit dikeluarkan oleh Mercedes-Benz.

 

Short Wheel Base
Short Wheel Base

 

 

  • Long-wheelbase (LWB) hanya 428 unit dihasilkan oleh Mercedes-Benz, terdapat 2 variasi 4 pintu dan 6 pintu.

 

px 2
Long Wheel Base

 

 

  • Landaulet, model ini sangat terhad dan paling mahal dikeluarkan oleh Mercedez-Benz, hanya 59 unit dihasilkan, keunikkan model ini bumbung bahagian penumpang belakang boleh dibuka untuk penumpang belakang berdiri, hampir kesemua model ini dijual kepada pemimpin kerajaan.

 

 

Landaulet

 

Uniknya Mercedes-Benz 600 (W100) ini adalah sistem hiraulik digunakan pada cermin kuasa automatik, pengerak kerusi pemandu dan penumpang, pengunci pusat, pembuka bonet, sunroof, suspensi dan sistem brake.

 

Mercedes-Benz 600 (W100) ini dikuasakan dengan enjin V8 6.3L yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 250 kuasa kuda dan 369lb torque hanya pada 2,800 rpm dan mampu memecut 0-100km/j hanya mengambil masa 12 saat.

 

Gambar dalaman Mercedes-Benz 600 (W100) model Landaulet milik Josip Broz Tito pemerintah Yugoslavia dari 1953 sehingga 1980.

 

Selain mendapat nama Grand Mercedes, Mercedes-Bens 600 Pullman mendapat juga gelaran The Dictatorship dan The Most Evil Men Car.

 

Gelaran ini diterima apabila Mercedes-Bens 600 Pullman dimiliki oleh pemimpin diktator terkenal dunia diantaranya :

 

Selain dimiliki oleh pemimpin-peminpin dunia, Mercedes-Benz 600 Pullman juga mendapat permintaan selebriti terkenal seperti Jay Leno, Elvis Presley, Rowan Atkinson (Mr. Bean), Jeremy Clarkson, Hugh Hefner, Coco Chanel, Jack Nicholson dan ramai lagi.

 

Raja dadah terkenal Pablo Escobar juga memilih Mercedes-Bens 600 sebagai kereta koleksinya akan tetapi kereta ini musnah pada tahun 1988 akibat serangan akan tetapi beliau terselamat dari serangan tersebut rangka Mercedes-Benz 600 masih dipamerkan sehingga sekarang.

 

 

Saddam Hussiem bekas Presiden Iraq memiliki Mercedes-Benz 600 Landaulet pada 1978, kereta ini menjadi koleksi ahli perniagaan Iraq setelah tumbangnya Sadam Hussien dan dibawa ke Jordan, pada 2006 pengedar Mercedes-Benz di Jordan menghubungi muzium Peterson Automotive Museum.

 

Beberapa tahun kereta ini disimpan dibahagian simpanan muzium  Peterson Automotive Museum. Direkodkan kereta ini hanya mempunyai kilometer perjalanan 5,204km walaupun sudah berusia lebih 40 tahun.

 

 

Kini Mercedes-Benz 600 (W100) menjadi rebutan pengumpul dan peminatnya, harga bermula dari USD 150 ribu sehingga USD 2.5 juta bergantung kepada kondisi dan pemilik asalnya. Pada 1963 Mercedes memperkenalkan model ini harganya hanya bermula dari USD 20 ribu.

 

 

 

Penulis : Muhamad Qalif

Rujukan :
- The Grand Mercedes : https://www.youtube.com/watch?v=rzvQg8xgLuo
- The Pullman Saloon a culture history of elegance : https://www.mercedes-benz.com/en/classic/the-pullman-saloon-a-cultural-history-of-elegance/
- Why the Mercedes-Benz 600 is the best Mercedes in history : https://mercedesblog.com/why-the-mercedes-benz-600-is-the-best-mercedes-in-history/
- Mercedes-Benz 600 : https://en.wikipedia.org/wiki/Mercedes-Benz_600