Mercedes-Benz 300TE 1993 - segak tidak mengenal usia

oleh Mohamad Hanif|
Di Malaysia, wagon hanya mewakili peratusan kecil daripada jumlah jualan keseluruhan kenderaan, dan antara pengeluar yang masih berani membawa masuk model wagon baharu adalah Mazda Malaysia menerusi model Mazda6.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Di pasaran terpakai, berkemungkinan agak sukar untuk anda menemukan sebuah wagon yang masih terpelihara. 

Salah satu contoh yang kami bawakan dari luar negara ini adalah sebuah wagon Mercedes-Benz 300TE tahun 1993 menerusi iklan daripada Bring A Trailer
 


Dengan usia kini yang kian mencecah ke angka 30 dan dengan jarak perbatuan 243,000 km, wagon Mercedes ini tampak masih gagah untuk membelah trafik di jalanan. 

Pemiliknya tidak perlu untuk mengubah atau menjalankan modifikasi secara keterlaluan, cukuplah sekadar mengekalkan imej yang hensem seperti sedia ada. 
 


Perubahan kecil yang dilakukan hanyalah sekadar menukar perumah lampu membelok jernih, gril berwarna hitam, emblem pada hud dan juga rel bumbung. 

Rupa luaran dipertingkat dengan pemasangan kit badan AMG manakala rim bersaiz 18 inci pula dilayangkan dengan warna hitam. 


 


Sementara itu, ruang dalaman juga cukup kemas terpelihara, di mana menurut iklan Bring A Trailer, tempat duduk didatangkan dengan unit boleh laras berkuasa elektrik balutan kulit daripada model W124 500E.

Kereta ini turut mempunyai bumbung suria, head unit Kenwood, kawalan pelayaran, serta kemasan kayu pada tombol gear dan papan pemuka yang menggunakan bahan kayu Zebrano.

Sebelum terlupa, terdapat kerusi baris ketiga di bahagian ruang kargo, di mana ia dipasang menghala ke arah pintu belakang. 

 


Unit kuasa pula masih kekal dengan enjin enam silinder sebaris M103 3.0 liter yang dipadankan dengan transmisi automatik empat nisbah kelajuan. 

Enjin juga baharu diservis, dan beberapa komponen telah ditukar seperti palam pencucuh, bushing suspensi hadapan dan juga lengan kawalan bawah. 
 


Bagi mereka yang ingin mencuba nasib, dalam masa tiga hari ini anda boleh terus ke laman web Bring A Trailer untuk membida dengan jumlah terkumpul kini mencecah $5,100 (RM21,307).