Mercedes bawakan visual masa hadapan menerusi permainan PlayStation 'Dreams'

oleh Mohamad Hanif|
Masa hadapan merupakan sesuatu yang tidak pasti, namun anda kini boleh menggambarkan masa hadapan menerusi permainan yang dilancarkan oleh Mercedes-Benz, iaitu Dreams.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Dreams dibangunkan oleh Media Molecule, dan ia merupakan sebuah permainan khusus untuk platform PlayStation 4 berkisar tentang perancangan mencipta dunia masa hadapan anda yang tersendiri.

Ia bukan sekadar permainan, akan tetapi turut merangkumi aspek lain seperti muzik, animasi, seni, ukiran, filem dan segalanya yang berkaitan dengan menggunakan peralatan kreatif yang disediakan oleh pembangun di Media Molecule.

Inisiatif ini bermula pada tahun 2019 di mana empat 'pakar masa hadapan' berkumpul untuk membincangkan visi masa hadapan yang berbeza.

Beberapa bulan selepas itu, Mercedes-Benz memperluaskan lagi konsep tersebut menjadi sebuah hab penciptaan bersama di mana peserta juga boleh berkongsi pandangan mereka tentang masa hadapan yang mereka inginkan.

Dua tahun berlalu, projek ini menjadi "Dreams and Mercedes", di mana ia merupakan sebuah permainan berasaskan naratif yang menggambarkan masa hadapan - satu dunia di mana kepintaran buatan (AI) bertanggungjawab ke atas segalanya dan meninggalkan manusia bebas untuk mengekspresikan tahap kreativiti diri sendiri.

Permainan ini akan dilepaskan kepada umum pada 8 Julai, sementara pada 13 hingga 26 Julai, pihak Mercedes dan Media Molecule menjemput komuniti Dreams untuk menyertai acara Dreams Community Game Jam yang membolehkan para peserta membayangkan senario masa hadapan bersama-sama.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
   Juga baharu fungsi transparent bonnet yang memaparkan pandangan maya pada bahagian bawah depan…
Berita Global
Menurut Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuhraya Kebangsaan A.S. pada hari Rabu lalu, Mercedes Benz…
Berita Domestik
Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah premis di Jalan Sungai Penchala 12, Kampung Sungai…