Mercedes-AMG sambut ulang tahun ke-50 kemenangan "Babi Merah" dengan tiga jentera lumba unik

oleh Mohamad Hanif|
Perlumbaan 24 Hours of Spa yang bakal berlangsung tidak lama lagi merupakan ulang tahun yang ke-50 kemenangan besar Mercedes-AMG di dalam sukan permotoran.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Bersempena dengan itu, Mercedes-AMG membawakan tiga model jentera lumba yang unik sebagai memperingati jasa Hans Heyer dan Clemens Schikentanz pada tahun 1971 menggunakan jentera Mercedes-Benz 300 SEL 6.8 AMG.

 

50 Years


Bagi mereka yang mengikuti rapat perkembangan AMG, jentera 300 SEL 6.8 AMG ini turut digelar sebagai Rote Sau (Babi Merah) disebabkan keupayaannya menewaskan jentera-jentera yang lebih ringan dalam perlumbaan tersebut.

Tiga model "50 Years Legend of Spa" yang dimaksudkan itu ialah Mercedes-Benz SLS AMG GT3, Mercedes-AMG GT3 (2016) dan Mercedes-AMG GT3 generasi terkini di mana ketiga-tiga model itu dilayangkan dengan liveri merah sebagai penghormatan buat jentera asal 300 SEL 6.8 AMG.

 

SLS AMG


Menariknya, dua jentera yang sudah pun dihentikan produksinya (SLS dan AMG GT3 2016) diproduksikan kembali oleh Mercedes khusus untuk penghasilan model one-off ini, malah jentera SLS tu menggunakan kerangka badan terakhir yang dimiliki oleh Mercedes-AMG pada kilang tersebut.

Ruang kabin setiap jentera merah ini dikemaskan dengan Graphite Metallic Matt, panel instrumen gentian karbon, serta plak khas yang membawakan tandatangan pengasas AMG Hans Werner Aufrecht.

 

50 Years of Spa


Dari segi kuasa, ketiga-tiga jentera ini didatangkan dengan enjin AMG 6.3 liter bentangan V8 yang berupaya menghasilkan 641 hp, dipadankan dengan sistem ekzos yang tidak mengikuti regulasi homologasi FIA.

Harga jualan untuk ketiga-tiga jentera adalah seperti berikut:

  • Mercedes-Benz SLS AMG GT3 - €650,000 (RM3.27 juta)
  • Mercedes-AMG GT3 2016 - €500,000 (RM2.52 juta)
  • Mercedes-AMG GT3 2020 - €575,000 (RM2.90 juta)

Ketiga-tiga jentera ini bakal dipamerkan ketika perlumbaan 24 Hours of Spa berlangsung.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
   Juga baharu fungsi transparent bonnet yang memaparkan pandangan maya pada bahagian bawah depan…
Berita Global
Berbanding varian berkuasanya GT63, Mercedes-AMG GT43 bersama nadi baharu itu turut tidak…
Informasi
Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya rasa bertuah kerana Mercedes-Benz Malaysia tidak lokek…