Mercedes-AMG Petronas raih juara kategori pengeluar F1 kali keenam!

oleh Mohamad Hanif|
Valtteri Bottas meraih kemenangan di Grand Prix (GP) Jepun sekali gus membantu Mercedes memuktamadkan gelaran juara dalam kategori pengeluar Formula Satu (F1) buat kali keenam berturut-turut.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Malah, keputusan itu turut meletakkan pemandu dari Finland itu sebagai satu-satunya pencabar yang mampu menafikan gelaran juara dunia untuk rakan sepasukannya, Lewis Hamilton.

Hamilton menamatkan perlumbaan di tempat ketiga dengan mendahului 64 mata dalam carta keseluruhan tatkala musim 2019 hanya berbaki empat perlumbaan lagi.

Pemandu Ferrari, Sebastian Vettel berada di tempat kedua selepas memulakan perlumbaan daripada petak utama. 

Mercedes-AMG Petronas telah berjaya merangkul juara di dalam kategori pengeluar (World Constructors Championship) semenjak tahun 2004 lagi. 

Sumber: Berita Harian.

Berita Berkenaan

Berita Global
Kedua-dua syarikat global itu akan mengadaptasi strategi digital, menghasilkan pendekatan pasaran…
Berita Global
  Bampar direka dengan bukaan liang udara yang minimum untuk penyejukan dan bahagian bawah badan…
Berita Global
  Kemewahan kereta ini boleh disaksikan di Muzium Mercedes-Benz di Jerman. Apa yang membuatkan…