Mercedes-AMG perlihat penampilan baharu kereta keselamatan, perubatan rasmi F1 2021

oleh Mohamad Hanif|
Pengenalan dua buah model Aston Martin Vantage dan Aston Martin DBX sebagai kereta keselamatan dan kereta perubatan rasmi Formula One bukanlah bermakna Mercedes-AMG sudah menarik diri daripada tugas rasmi bertahun itu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ini kerana Mercedes-AMG juga dalam masa yang sama masih lagi menggalas tugas selaku pembekal rasmi kereta keselamatan dan perubatan untuk sukan Formula One bagi musim 2021.

Dua kereta yang dimaksudkan adalah Mercedes-AMG GT R selaku safety car manakala kereta perubatan pula menggunakan Mercedes-AMG C 63 S Estate.

 


Tidak seperti Aston Martin yang tampil dengan warna hijau, jentera Mercedes-AMG pula dilayangkan dengan warna merah (warna signatur jenama tersebut), serta menampilkan rakan penaja bagi pasukan Mercedes-AMG PETRONAS F1 Team, CrowdStrike.

Jentera Mercedes-AMG GT R itu akan dikendalikan oleh Duta AMG serta tenaga pengajar AMG Driving Academy, Bernd Maylander yang telah bertugas sebagai pemandu kereta keselamatan F1 semenjak tahun 2000 lagi.

Mercedes-AMG GT R itu dilengkapi dengan AMG Track Package yang merangkumi perlindungan roll-over dan brek seramik, sementara enjin asal 4.0 liter V8 turbo berkembar itu tidak disentuh, dan kekal dengan angka output 577 hp dan pecutan 0-100 km/j sepantas 3.6 saat.

 


Sementara kereta perubatan Mercedes-AMG C 63 S Estate dipandu oleh Alan van der Merwe yang turut mengekalkan enjin standard yang berupaya menghasilkan 503 hp, sistem brek seramik, dan empat tempat duduk perlumbaan yang dilengkapi dengan tali pinggang keledar empat poin.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dia berdepan dengan 27 pertuduhan, di mana 24 daripadanya melibatkan suapan sebagai penjawat awam,…
Sukan Bermotor
Pada Khamis lalu bertempat di Hungaroring, Hawkins telah melakukan 26 pusingan dalam jentera F1…
Sukan Bermotor
Menurut laporan Daily Mail, Hamilton yang kini berusia 38 tahun itu mahu berlumba sehingga umur 43…