Mercedes-AMG One kini sedia diuji di litar!

oleh Mohamad Hanif|
Walaupun kedengaran agak mustahil untuk disiapkan, namun pihak Mercedes-AMG tidak pernah menyerah kalah dalam memastikan Project One siap menjelang tahun 2021.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dalam satu kemaskini terbaharu, Mercedes-AMG telah mengesahkan bahawa mereka sedang beralih kepada fasa pengujian, di mana Project One kini diperlihatkan beraksi di dalam dunia sebenar buat kali pertama di Immendingen, Jerman.

Sebagai peringatan, Project One merupakan sebuah kereta yang dikuasakan oleh enjin perlumbaan F1 1.6 liter digandingkan dengan tiga motor elektrik yang mampu menghamburkan kuasa lebih 1,000 hp.

Malah, Mercedes-Benz juga turut mengesahkan bahawa Project One ini akan mula diuji di Litar Nurburgring, lokasi di mana para pengeluar membelasah kereta prototaip dan jentera ujian sebelum 'melepaskannya' ke dunia sebenar.

Projek hypercar F1 ini pertama kali diperlihatkan pada tahun 2017, namun menghadapi permasalahan disebabkan ia perlu menggunakan enjin perlumbaan F1 menjadikan projek ini tertangguh beberapa kali.

 


Mercedes-AMG One hanya diproduksikan dalam 275 unit terhad, dan kesemuanya telah pun habis terjual pada harga RM11 juta seunit.

Baca: Enjin F1 dalam kereta - Idea Bernas atau Kerja Gila?

Baca: Mercedes-AMG One bakal diserahkan kepada pemilik menjelang 2021

Berita Berkenaan

Berita Global
Biarpun bertukar pasukan, beliau tidak membatalkan tempahan untuk model edisi terhad Mercedes-AMG…
Berita Global
Bercakap kepada CarSales, pengarah pembangunan kenderaan Mercedes-AMG Steffen Jastrow menjelaskan…
Berita Global
  Rekod tersebut dibuat pada 28 Oktober 2022 dan menariknya dipandu ke litar pada pukul 5:14:31…