Seperti biasa, spesifikasi kedua-dua jentera ini adalah standard, dengan modifikasi yang dilakukan adalah seperti penambahan bar lampu keselamatan.
Untuk Mercedes-AMG GT Black Series, ia dilengkapi dengan sistem pencahayaan LED inovatif yang boleh dilihat pada bahagian atas cermin hadapan, dan juga sayap belakang dengan dua mod utama, iaitu warna jingga dan warna hijau.
Malah, lampu LED ini boleh dimalapkan atau dicerahkan bergantung kepada kondisi pemanduan semasa.
Sesuai dengan tugasnya sebagai kereta keselamatan, Mercedes-AMG GT Black Series ini telah menerima pakej opsyen Track Package yang merangkumi pemasangan sangkar oleng titanium.
Untuk tahun ini, Mercedes-AMG GT 63 S mengambil alih peranan yang telah ditinggalkan oleh wagon Mercedes-AMG C 63 S Estate.
Ruang kabin kedua-dua kereta keselamatan dan kereta perubatan ini telah dimuatkan dengan beberapa buah skrin paparan tambahan, sementara untuk kereta perubatan pula terdapat dua tempat duduk berasingan untuk baris kedua.
Aksi Mercedes-AMG GT Black Series (dan AMG GT 63 S) ini boleh dilihat menerusi perlumbaan pusingan pertama yang akan berlangsung di GP Bahrain pada 20 Mac ini.
Baca: Aston Martin Vantage, DBX sebagai kereta keselamatan, perubatan rasmi F1 2021