Mercedes-AMG GT bakal hadir, kongsi platform dengan SL AMG

oleh Mohamad Hanif|
Generasi ketujuh Mercedes-AMG SL telah pun dilancarkan baru-baru ini sebagai sebuah convertible, di mana ia kini hanya dijual secara eksklusif di bawah jenama AMG.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dalam satu temubual bersama Road and Track, ketua unit rekaan Mercedes Gorden Wagener mengesahkan generasi baharu Mercedes-AMG GT Coupe bakal hadir sebagai pelengkap kepada model SL itu tadi.

Menurut beliau, meskipun model baharu Mercedes-AMG GT bakal berkongsi platform, serta beberapa komponen dengan model SL, namun kedua-dua jentera itu bakal memiliki rekaan dan misi yang tersendiri.
 

SL


Ini kerana, SL AMG dibangunkan untuk menjadi sebuah cruiser mewah yang selesa, sementara GT AMG pula lebih terarah kepada sebuah kereta sports yang mampu untuk menawan litar lumba.

Wagener menambah, beliau yakin dengan kehadiran kedua-dua model tersebut mampu memberikan lebih banyak pilihan kepada pelanggan untuk memenuhi keperluan mereka.

Mercedes-AMG SL 2023 dilancarkan dengan dua varian terawal, iaitu SL 55 AMG dan SL 63 AMG di mana kedua-dua hadir dengan ciri pacuan semua roda 4MATIC+ serta sistem stereng roda belakang secara standard, sementara SL 63 AMG pula mendapat tambahan sistem suspensi udara, LSD elektronik dan kawalan olengan aktif.

Sumber: Road and Track

Berita Berkenaan

Pelancaran
Untuk pasaran Malaysia, jentera berharga dari RM3 juta itu hanya dibawa masuk sebanyak 13 unit…
Berita Global
Turut dipamerkan adalah rangka aluminium komposit yang bakal menjadi asas kepada pembinaan Mercedes…
Berita Global
Namun, sembilan unit Mercedes-AMG GT dua pintu di Amerika dikesan memiliki tahap silau yang terlalu…