Mercedes-AMG GT 63 S 4 Door Coupe jentera baharu Dubai Police

oleh Mohamad Hanif|
Tidak cukup dengan apa yang ada (biasalah, orang Arab), Pasukan Polis paling kaya di dunia dan cukup makan lebih daripada tujuh keturunan telah menambah sebuah lagi jentera eksotik ke dalam barisan kereta peronda - Mercedes-AMG GT 63 S.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sama seperti barisan kenderaan mahal yang lain, Mercedes-AMG GT 63 S akan digunakan bagi meronda kawasan-kawasan tarikan pelancongan dan beberapa lokasi penting di sekitar kota raya. 

 


Bagi mereka yang terlepas pandang, pasukan Dubai Police merupakan antara pasukan polis yang kaya dengan jentera peronda eksotik dan pantas-pantas belaka, seperti Porsche 918 Spyder, Mercedes-Benz SLS AMG, BMW M5, Brabus G-Wagon, Nissan GT-R, Ferrari FF, Bentley Continental GT dan Audi R8. 

 


Spesifikasi jentera baharu ini tidak jauh daripada versi jalanan yang orang biasa boleh dapatkan daripada Mercedes-AMG.
 


Mercedes-AMG GT 63 S didatangkan dengan nadi bentangan V8 4.0 liter turbo berkembar yang mampu menghamburkan 630 kuasa kuda dan 900 Nm yang memacu kesemua roda (4MATIC) dengan transmisi AMG Speedshift 9 nisbah kelajuan.

Kuasa pecutan hanya mengambil masa kira-kira 3.2 saat dari 0-100 km/j dengan halaju maksimum dihadkan kepada 315 km/j.

Baca: Mercedes-AMG GT 4 Door Coupe di Malaysia

Berita Berkenaan

Berita Global
Seperti contoh, penghantaran organ penting untuk tujuan perubatan. Selain daripada Itali, sebuah…
Berita Global
Terbaharu, mereka melancarkan sebuah SUV yang dinamakan sebagai Ghiath Smart Patrol menggunakan…
Berita Global
Terbaharu, pasukan polis yang terkenal dengan koleksi kereta peronda yang eksotik itu telah…