Model ini menjadi antara produk penting dalam sambutan ulang tahun “140 Years of Innovation” Mercedes-Benz, selain menunjukkan evolusi baharu AMG dalam dunia kenderaan prestasi elektrik.
Berdasarkan spesifikasi awal yang didedahkan, model ini dijangka hadir sebagai antara EV prestasi tinggi paling canggih pernah dibangunkan Mercedes-AMG.


Spesifikasi Ringkas Mercedes-AMG GT 4-Door Coupé
-
Panjang: 5,094 mm
-
Lebar: 1,959 mm
-
Tinggi: 1,411 mm
-
Jarak roda: 3,040 mm
-
Pekali seretan angin (cW): 0.22
-
Kuasa: 860kw (1,169PS) (1,153HP) Untuk Model AMG GT63 4-Door Coupe, 600Kw (816PS) (805HP) AMG GT 55 4-Door Coupe)
-
Penggunaan tenaga: 17.8 – 21.0 kWh/100 km
-
Jarak gerak WLTP: 597 – 700 km
-
Jarak gerak bandar WLTP: 667 – 770 km
-
Ruang kargo belakang: 507 liter
-
Frunk depan: 62 liter
Rekaan Aerodinamik Untuk Prestasi Maksimum
Mercedes-AMG memberi perhatian serius terhadap aspek aerodinamik bagi meningkatkan prestasi dan kecekapan tenaga.

Dengan nilai pekali seretan angin hanya 0.22, model ini menjadi antara sedan prestasi elektrik paling aerodinamik pernah dihasilkan oleh Mercedes-Benz.
Rekaan badan yang lebih rendah dan lebar turut membantu meningkatkan kestabilan ketika pemanduan berkelajuan tinggi.



Jarak Gerak Cecah 700 KM
Menurut data awal WLTP, model ini mampu mencapai jarak gerak sehingga 700 kilometer dengan sekali cas penuh.
Bagi penggunaan dalam bandar pula, angka tersebut boleh meningkat sehingga 770 kilometer bergantung kepada konfigurasi dan gaya pemanduan.
Penggunaan tenaga pula direkodkan serendah 17.8 kWh bagi setiap 100 kilometer.


Kabin AMG Berinspirasikan Prestasi Dan Teknologi
Bahagian kabin Mercedes-AMG GT 4-Door Coupé baharu tampil dengan rekaan lebih futuristik serta berorientasikan pemandu.

Antara elemen yang dapat dilihat termasuk tempat duduk bucket AMG dengan sulaman logo AMG, kemasan gentian karbon, stereng prestasi AMG serta ambient lighting merah yang memberi suasana lebih agresif.

Paparan digital besar di bahagian tengah turut menempatkan pelbagai fungsi pemanduan dan tetapan prestasi kenderaan.
Mercedes-AMG juga dilihat mengekalkan konfigurasi empat pintu praktikal dengan ruang tempat duduk belakang individu bagi meningkatkan keselesaan penumpang.


Gabungan Prestasi Dan Praktikaliti
Walaupun dibangunkan sebagai model prestasi tinggi, Mercedes-AMG GT 4-Door Coupé masih menawarkan ruang simpanan praktikal.
Ruang kargo belakang menyediakan kapasiti sehingga 507 liter, selain frunk depan dengan kapasiti 62 liter untuk penyimpanan tambahan.

