Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe dapat nombor baharu - 73 4Matic, 800 kuasa kuda!

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menerusi model konsep GT yang telah diperkenalkan dua tahun yang lalu, ia seakan memberikan gambaran masa hadapan model aras tertinggi bagi Mercedes-AMG, iaitu hibrid elektrik. 

Hal ini kemudian disahkan lagi dengan kenyataan daripada boss besar AMG, Tobias Moers yang menyatakan bahawa setiap jentera AMG (kecuali siri AMG 45) akan menerima trenkuasa hibrid elektrik. 

Dan jentera pertama yang disahkan akan hadir tidak lama lagi ialah GT 4-Door Coupe. 
 


Menurut laporan daripada Autocar, model GT 4-Door Coupe itu dijangka akan memakai lencana AMG GT 73 4Matic yang baharu sahaja didaftarkan patennya oleh Mercedes.

Malah, dakwa Autocar lagi, mereka menemukan sebuah model ujian misteri yang bergerak dalam keadaan senyap sepenuhnya - memberikan gambaran ia beroperasi dalam mod elektrik semata-mata. 

Ketika ini, Mercedes-AMG GT 63 S (yang merupakan model paling berkuasa) mampu menghasilkan 630 kuasa kuda dan 900 Nm dengan pecutan sepantas 3.2 saat sahaja dari 0-100 km/j. 
 


Manakala versi talaan Brabus pula mampu melonjakkan kuasa tersebut menjadi 789 kuasa kuda dan 1,000 Nm dengan pecutan 0-100 km/j sepantas 2.9 saat sahaja. 

Ini bermakna, jentera AMG GT 73 yang akan dilancarkan nanti bakal mempunyai kuasa yang mampu mengatasi AMG GT 63 S dan versi Brabus - terima kasih kepada sistem hibrid elektrik itu tadi.

Ia dijangka akan bersaing dengan Porsche Panamera Turbo S E-Hybrid (670 hp/850 Nm) bermula seawal tahun hadapan. 
 


Menurut Moers lagi, spesifikasi sistem trenkuasa V8 AMG GT 73 ini dijangka menyerupai model konsep yang telah diperkenalkan sebelum ini. 

Sebelum ini, Mercedes-AMG pernah menggunakan angka 73 pada beberapa model paling berkuasa dari AMG, dan jentera terakhir ialah SL 73 dengan nadi 7.3 liter bentangan V12.

Enjin tersebut kemudian digunakan kembali untuk memberikan kuasa kepada Pagani Zonda. 

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
AMG GT63 S E Performance dikuasakan nadi V8 4.0 liter turbo berkembar bersama bantuan motor…
Berita Global
   Juga baharu fungsi transparent bonnet yang memaparkan pandangan maya pada bahagian bawah depan…
Berita Global
Berbanding varian berkuasanya GT63, Mercedes-AMG GT43 bersama nadi baharu itu turut tidak…