Mercedes-AMG GT 4 Door Coupe - 3 varian, harga dari RM1 juta

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Barisan jentera AMG GT menyambut kehadiran ahli baharu yang memakai lencana jahat ikonik AMG, iaitu Mercedes-AMG GT four-door Coupe, sebuah jentera litar yang hadir dengan pakej Gran Turismo. 

AMG GT empat pintu ini hadir dalam beberapa varian seperti 63 S 4MATIC+, AMG 53 4MATIC dan AMG GT 43 4MATIC+. 

Enjin ini mampu menjana kuasa sekitar 639 hp dan daya kilas maksimum 900 Nm yang masuk penuh pada julat putaran enjin 2,500-4,500 rpm, memberikan pecutan sepantas 3.2 saat dari 0-100 km/j.
 


Manakala untuk varian GT 53 4MATIC+ dan GT 43 4MATIC+, enjin 3.0 liter enam silinder sebaris digunakan masing-masing menghasilkan kuasa setinggi 435 hp dan 367 hp. 

Usah terkejut apabila Mercedes-AMG GT 63 S 4MATIC+ ini dinobatkan sebagai jentera empat tempat duduk terpantas di Litar Lagenda Nurburgring, dengan catatan masa 7:25:41!
 


Untuk mereka yang mahukan fleksibiliti, AMG GT 63 S 4MATIC+ ini boleh didapati dalam konfigurasi empat atau lima tempat duduk, selain pilihan tempat duduk sporty, standard yang selesa atau tempat duduk yang elegan. 

Jentera laju, tidak bermakna tiada ruang yang praktikal kerana AMG GT 63 S 4MATIC+ ini mampu menawarkan ruang kargo sebesar 395 liter yang mampu diperbesarkan kepada 1,324 liter apabila tempat duduk baris kedua dilipat. 
 


Sebagai sebuah jentera AMG yang laju, Mercedes melengkapkan dengan AMG Track Pace secara standard, sebuah program yang mampu menganalisis lebih daripada 80 data spesifik selain merakam masa pusingan di atas litar. 

Berikut merupakan spesifikasi ketiga-tiga jentera AMG GT empat pintu yang dibawakan: 

Mercedes-AMG GT 63 S 4MATIC+
Enjin: 4.0L bentangan V8 turbo berkembar
Transmisi:9G-TRONIC sembilan nisbah kelajuan
Kuasa: 639 hp/900 Nm
Pecutan: 3.2 saat 0-100 km/j
Halaju Maksimum: 315 km/j
Harga: RM1,798,888

Mercedes-AMG GT 53 S 4MATIC+
Enjin: 3.0L enam silinder sebaris
Transmisi:9G-TRONIC sembilan nisbah kelajuan
Kuasa: 435 hp/520 Nm
Pecutan: 4.5 saat 0-100 km/j
Halaju Maksimum: 285 km/j
Harga: RM1,298,888

Mercedes-AMG GT 43 S 4MATIC+
Enjin: 3.0L enam silinder sebaris
Transmisi:9G-TRONIC sembilan nisbah kelajuan
Kuasa: 367 hp/520 Nm
Pecutan: 4.9 saat 0-100 km/j
Halaju Maksimum: 270 km/j
Harga: RM1,098,888

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
AMG GT63 S E Performance dikuasakan nadi V8 4.0 liter turbo berkembar bersama bantuan motor…
Berita Global
   Juga baharu fungsi transparent bonnet yang memaparkan pandangan maya pada bahagian bawah depan…
Berita Global
Berbanding varian berkuasanya GT63, Mercedes-AMG GT43 bersama nadi baharu itu turut tidak…