SUV pantas ini dikuasakan enjin enam silinder sebaris 3.0 liter turbo twin-scroll yang mampu menjana kuasa setinggi 435 hp dan daya kilas 560 Nm, di mana pecutan 0-100 km/j dalam masa 5.0 saat sahaja.
Enjin ini turut dibantu dengan sistem Integrated Starter Generator (ISG) 48-voltan berkuasa 15 kW dan 200 Nm.
Dari segi luaran, GLE 53 4MATIC+ Coupe ini dilengkapi dengan sistem lampu Multibeam LED, rim AMG 22 inci, serta kemasan hitam berkilat AMG Night Package pada bahagian splitter hadapan, apron depan dan belakang, sekeliling tingkap dan perumah cermin sisi.
Untuk ruang kabin, GLE 53 datang dengan perkakasan seperti roda stereng AMG Performance balutan kulit Nappa, trim gentian karbon AMG, upholsteri kulit ARTICO, tempat duduk sports, skrin berkembar 12.3 inci digital penuh, sokongan kawalan iklim 4 zon THERMOTRONIC dan sistem operasi MBUX.
GLE 53 AMG ini turut dibekalkan dengan pakej Driving Assistance Package Plus yang merangkumi Active Distance Assist, Exit Warning function, Active Steering Assist, PRE-SAFE Impulse Side, kamera 360 darjah dan Guard 360°.
Harga jualan Mercedes-AMG GLE 53 4MATIC+ Coupe bermula dari RM873,888.