Mercedes-AMG GLB 35 - SUV pantas dengan tujuh tempat duduk!

oleh Mohamad Hanif|
Sebagai pelengkap kepada siri SUV Mercedes-Benz GLB yang diperkenalkan bulan lalu, Mercedes telah menambah sebuah model berprestasi dengan lapan aksara yang sinonim - GLB 35 AMG.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mercedes-AMG GLB 35 ini bakal ditayangkan secara rasmi di acara Frankurt Motor Show bulan hadapan. 

Sebagai sebuah SUV tujuh tempat duduk yang lebih berkuasa, GLB 35 hadir dengan enjin empat silinder sebaris 2.0 liter turbo yang mampu menjana 302 kuasa kuda dan 400 Nm daya kilas. 
 


Kuasa tersebut dipadankan dengan sistem transmisi klac berkembar lapan nisbah kelajuan sebelum disalurkan kepada empat roda menerusi sistem pacuan AMG Performance 4MATIC.

Dari segi prestasi, ia mampu memecut sepantas 5.2 saat dari pegun ke 100 km/j sebelum mencapai kelajuan tertinggi 250 km/j yang dihadkan secara elektronik.
 


Karakteristik sebuah SUV berjaya dikurangkan dengan penggunaan suspensi AMG yang mampu mengelakkan olengan badan yang ketara, sekaligus membenarkan kelajuan yang tinggi di selekoh. 

Bagi memberikan input stereng yang lebih berkesan di kelajuan tinggi, para jurutera telah memasang sistem stereng berkuasa dengan ciri sensitif terhadap kelajuan.

Manakala untuk memberhentikan SUV pantas ini, keempat-empat sudut telah dipasang sistem brek berprestasi tinggi dengan cakera 350 mm hadapan, 330 mm belakang dan angkup bertulisan AMG berwarna perak. 
 


Membezakannya antara GLB biasa, Mercedes telah memasang pakej AMG Line dan gril Panamericana yang sinonim dengan model-model AMG masa kini, selain terdapat splitter hadapan metalik, diffuser belakang dan sistem ekzos tip berkembar.

Pemilihan saiz rim juga boleh dibuat bermula dari rim asal bersaiz 19 inci sehinggalah kepada saiz rim terbesar 21 inci bagi memuaskan nafsu para pemilik yang inginkan SUV mereka lebih ranggi.
 


Memasuki ruang dalaman pula, tidak banyak perubahan dibawakan kepada papan pemuka dengan skrin lebar yang diambil dari A-Class itu, namun pemilik didatangkan dengan kemasan Artico/Dinamica serta stereng balutan kulit nappa.

Menariknya, antara opsyen yang ditawarkan termasuklah tempat duduk baris ketiga (!), stereng AMG Performance dan dua lagi pakej balutan kulit dua tona. 

 


Buat mereka yang mahukan sebuah GLB 35 yang sangat sesuai dijadikan kenderaan belasahan seharian dan mahu memecut pantas, anda perlu menunggu sehingga lewat 2020 untuk mendapatkan model yang dimaksudkan.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Model yang dimaksudkan adalah Mercedes-Benz GLB-Class dan bakal diposisikan di antara model GLA-…
Berita Domestik
Menurut Mercedes-Benz, GLB-Class ini diposisikan sebagai sebuah kereta keluarga kompak global di…