Mercedes-AMG GLB 35 4MATIC - pecutan 0-100 km/j dalam 5.2 saat, dari RM363 ribu!

oleh Mohamad Hanif|
Serentak dengan pelancaran model GLB-Class, Mercedes-Benz Malaysia turut sama membawakan varian berprestasi tinggi dalam bentuk AMG GLB 35 4MATIC.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ciri-ciri sebuah SUV AMG jelas terserlah pada model AMG GLB 35 ini seperti penggunaan gril radiator Panamericana rekaan menegak yang pertama kali digunakan pada model siri 35 AMG, selain splitter hadapan, apron belakang, tip ekzos tunggal pada kiri dan kanan, serta spoiler bumbung AMG.

Keempat-empat arca roda dihiasi dengan set roda aloi AMG 20 inci 5-twin spoke dengan kemasan tantalite grey yang melindungi sistem angkup brek AMG berwarna perak dengan kemasan huruf AMG hitam.

 


Kemasan di bahagian dalaman pula terdiri daripada tempat duduk sports balutan kulit Artico/mikrofiber DINAMICA serta tali pinggang keledar berwarna merah.

Ciri standard yang didatangkan termasuklah pakej Light and Sights yang merangkumi sistem pencahayaan serta bantuan cahaya ambien, roda stereng balutan kulit Nappa dengan kemasan trim gentian karbon.

Selain daripada itu, GLB 35 juga turut menerima skrin paparan berkembar 10.25 inci dengan paparan spesifik AMG, sistem kawalan iklim Thermotronic dengan corong pendingin hawa baris kedua, modul LTE, sokongan Apple CarPlay dan Android Auto, dan sistem audio Burmester.

 


Apa yang membezakan antara model AMG GLB 35 ini adalah enjin berkuasa yang digunakan, iaitu nadi 2.0 liter turbo empat silinder sebaris M260 yang berupaya menghamburkan 306 PS dan 400 Nm, dipadankan dengan transmisi AMG Speedshift DCT lapan kelajuan dan sistem pacuan semua roda AMG Performance 4MATIC.

Ia membenarkan pecutan sepantas 5.2 saat dari pegun ke 100 km/j sebelum mencapai kelajuan tertinggi (dihadkan secara elektronik) 250 km/j.

Pun begitu, GLB 35 AMG ini mampu memberikan pulangan bacaan penggunaan bahan api serendah 7.5 liter untuk setiap 100 km.

 


Terdapat lima mod pemanduan ditawarkan iaitu Slippery, Comfort, Sport, Sport+, dan Individual, dibantu dengan kawalan AMG DYNAMICS, serta sistem suspensi AMG RIDE CONTROL bagi memastikan tetapan yang dipilih adalah optimum dan bersesuaian dengan pemanduan semasa.

Dari segi keselamatan, Mercedes-AMG GLB 35 4MATIC ini didatangkan dengan ciri seperti kamera undur, bantuan titik buta, bantuan parkir aktif Parktronic, Pre-Safe, bantuan brek aktif, Keyless-Go, sistem pemantauan tekanan tayar, serta tambahan ciri bantuan pengekalan laluan.

Harga jualan bagi model SUV GLB 35 ini bermula dari RM363,136.52.

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
AMG GT63 S E Performance dikuasakan nadi V8 4.0 liter turbo berkembar bersama bantuan motor…
Berita Global
   Juga baharu fungsi transparent bonnet yang memaparkan pandangan maya pada bahagian bawah depan…
Berita Global
Berbanding varian berkuasanya GT63, Mercedes-AMG GT43 bersama nadi baharu itu turut tidak…