Mercedes-AMG GLA 35 4MATIC - crossover 306 hp/400 Nm, CKD, dari RM345k

oleh Mohamad Hanif|
Penawaran model crossover aras mula GLA-Class yang dipasang di Malaysia pada tahun lalu kini menjadi lebih lengkap dengan kehadiran sebuah model berprestasi tinggi Mercedes-AMG GLA 35 4MATIC, juga versi pemasangan tempatan (CKD).
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Sama seperti model sedan A 35 AMG, Mercedes-AMG GLA 35 ini turut didatangkan dengan nadi empat silinder sebaris 2.0 liter turbo dengan angka output 306 hp dan daya kilas 400 Nm, dipadankan dengan transmisi AMG Speedshift DCT 7G dan sistem pacuan semua roda 4MATIC.
 

GLA


Pecutan 0-100 km/j adalah sepantas 5.2 saat, sedikit perlahan berbanding model A 35 4MATIC yang mampu mencapai catatan masa 4.8 saat.

Secara standard, Mercedes-AMG GLA 35 4MATIC turut dilengkapi dengan sistem gantungan AMG Ride Control dan pemilihan mod pemanduan AMG Dynamic Select.
 

GLA 35


Dari segi luaran, crossover pantas ini didatangkan dengan jeriji hadapan signatur AMG, splitter hadapan, rim AMG bersaiz 20 inci dengan kemasan matte black, apron belakang AMG, spoiler lip AMG dan tip ekzos berkembar bentuk bulat.

Elemen sporti di bahagian luar turut diteruskan di bahagian dalam yang menampilkan gandingan upholsteri kulit ARTICO/gentian mikro DINAMICA, roda stereng balutan kulit Nappa yang dilengkapi dengan penambahan butang fungsi AMG, tali pinggang keledar merah MANUFAKTUR serta kemasan AMG pada beberapa tempat.
 

GLA


Melengkapi ciri sedia ada termasuklah sistem kawalan iklim automatik THERMOTRONIC, pakej Light & Sight, sistem pencahayaan ambien 64 warna, skrin infotainmen dan kluster digital bersaiz 10.25 inci, paparan head-up, sokongan Apple Carplay dan Android Auto, pengecasan tanpa wayar, modul LTE untuk perkhidmatan Mercedes me connect serta sistem panggilan kecemasan terbina.

Ciri keselamatan crossover GLA 35 ini merangkumi sistem Parking Package dengan kamera 360 darjah, Active Parking Assist, Lane Tracking Package, Blind Spot Assist, Active Lane Keeping Assist, Exit Warning Assist, Active Brake Assist, serta tidak ketinggalan sistem pemantauan tekanan tayar.
 

GLA


Harga jualan untuk tempahan sebelum 30 Jun 2022 bermula dari RM345,049 di mana harga tersebut akan meningkat kepada RM363,888 untuk mereka yang mendapatkan GLA 35 AMG ini selepas tarikh 1 Julai 2022.