Mercedes-AMG G 63 model AMG yang paling laris terjual di Eropah - laporan

oleh Mohamad Hanif|
Dengan kehadiran pelbagai jenis ubahsuai dan modifikasi luaran yang ditawarkan oleh syarikat penala terkemuka, tidak menghairankan apabila SUV petak Mercedes-AMG G 63 menjadi model AMG yang paling laris terjual di Eropah.

Menurut data daripada JATO Dynamics (seperti yang dilaporkan oleh Motor1), angka jualan AMG melonjak 57 peratus kepada 13,700 unit untuk tempoh separuh pertama tahun 2023 di pasaran Eropah, menjadikannya jenama berprestasi tinggi yang menduduki tangga kedua.

Daripada jumlah tersebut, satu perempat daripadanya terdiri daripada model G 63, diikuti dengan Mercedes-AMG SL yang telah dilancarkan sejak tahun 2021.

Jadi, jenama prestasi tinggi mana yang menduduki tempat pertama di Eropah?
 

XM


Jawapannya, BMW M.

Menurut data pendaftaran kenderaan baharu di Eropah, sebanyak lebih 19,600 unit BMW M telah terjual sepanjang 1H 2023, atau peningkatan sebanyak 58 peratus.

BMW M bukan sahaja cemerlang di Eropah, malah jenama itu juga berjaya menjual sebanyak 16,400 unit kenderaan di pasaran Amerika Syarikat sehingga Jun 2023.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 1,171 unit terdiri daripada SUV pantas BMW XM telah terjual di US.

Sumber: JATO Dynamics menerusi Motor1

Berita Berkenaan

Berita Global
  Bukan setakat warna, badan kereta meriah dengan logo AMG yang besar pada bonet dan 45 S pada…
Berita Global
Dari segi penampilan, CLE 53 AMG ini membawakan dimensi fender depan dan belakang yang lebih lebar…
Berita Global
  Pada Mac lalu GLA 35 4MATIC diperkenal di peringkat antarabangsa dan kini giliran GLA 45 S…