Mercedes-AMG G 63 Gronos talaan Mansory - kali ini warna kuning emas!

oleh Mohamad Hanif|
Gronos merupakan nama rasmi yang diberikan oleh Mansory untuk setiap Mercedes-AMG G 63 talaan syarikat itu, dan kali ini SUV mewah tersebut tampak lebih menyerlah dengan kehadiran warna kuning emas.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Masih lagi menggunakan asas daripada G 63 AMG, enjin asal 4.0 liter V8 turbo berkembar itu telah ditala semula bagi menghasilkan 850 hp dan 1,000 Nm, membolehkan pecutan 0-100 km/j sepantas 3.5 saat.

Kelajuan tertinggi pula dihadkan kepada 250 km/j.

 


Apa yang menarik perhatian bukanlah sekadar enjin serta layangan warna kuning, akan tetapi pemadanan beberapa komponen yang diperbuat daripada bahan gentian karbon seperti contoh hud enjin, spoiler bumbung hadapan yang menempatkan lampu tambahan LED, spoiler bumbung belakang yang lebih aerodinamik, serta kemasan gentian karbon pada ruang tayar simpanan.

Arca roda yang lebar itu tidak diberikan kemasan gentian karbon, sebaliknya ia dilayangkan dengan warna badan yang sama.

 


Warna kuning yang menyerlah itu diteruskan penawarannya pada ruang kabin diselangi dengan warna kontras hitam, sehinggakan alas lantai dan bumbung pun berwarna kuning!

Seperti biasa, Mansory tidak mendedahkan secara jelas berapakah kos yang diperlukan untuk menukarkan sebuah G 63 AMG biasa kepada versi kuning diraja ini.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Walaupun digelar sebagai 'kereta terbang', secara asasnya ia adalah sebuah quadkopter dengan…
Berita Global
Namun tidak dapat dinafikan, sedan 7 Series juga kini menjadi pilihan golongan pemimpin di mana…
Berita Global
Jadi, untuk tidak menjadikan kehidupan anda terlalu bosan, Mansory kini menawarkan projek khas…