Mercedes-AMG G 63 dengan kit badan karbon Kahn

oleh Mohamad Hanif|
Tidak kira apa jua kritikan dan kata-kata yang dilemparkan, model SUV off-road petak Mercedes-Benz G-Class ini masih tetap mempunyai peminatnya yang tersendiri.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Untuk para pemilik G-Wagen (terutama AMG G63) yang sudah bosan dengan penampilan Gelandewagen, mereka boleh mendapatkan khidmat daripada pereka Britain, Afzal Kahn menerusi projek terbaharu "Carbon Wide Track Edition".
 

KAHN

 

Seperti namanya, ia menampilkan kit badan yang lebih agresif jika dibandingkan dengan versi standard, serta diperbuat daripada bahan ringan gentian karbon.

Kit badan gentian karbon itu merangkumi penambahan pada bampar hadapan, gril hadapan serba baharu, overlay bonet hadapan, serta pelindung bumbung yang dipasangkan dengan unit lampu LED. Kemasan pada bumbung diteruskan dengan pemasangan spoiler berkembar pada bahagian belakang.
 

KAHN


Arka roda yang serba lebar itu dimuatkan dengan rim tempa Kahn Type 57 Monoblock bersaiz 23 inci dengan getah Continental SportContact 6.

Sisa pembakaran daripada enjin pula disalurkan keluar menerusi tip crosshair berdiameter 100 mm.
 

KAHN


Kahn lebih menumpukan perhatian kepada aspek kosmetik SUV ini, jadi tiada sebarang talaan diberikan kepada enjin asal AMG 4.0 liter V8 yang menghasilkan 577 hp dan 850 Nm, serta padanan transmisi automatik sembilan nisbah kelajuan.

Untuk pemilik G-Wagen sedia ada, anda hanya perlu menempah pakej kit badan bernilai £15,000 (RM87,231), pelindung bumbung dengan unit LED  bernilai £2,400 (RM13,957), serta rim monoblock 23 inci berharga £7,999.97 (RM46,523).
 

KAHN


Kemasan ruang kabin juga boleh disesuaikan mengikut rupa luaran G-wagen, di mana pakej karbon boleh didapati pada harga £2,400 (RM13,957), roda stereng karbon bernilai £1,999.99 (RM11,631), serta pakej upholsteri Bengal Red seperti yang ditunjukkan dalam gambar.

Berita Berkenaan

Berita Global
Kali ini, Brabus memperlihatkan model baharu P 900 Rocket Edition dengan angka produksi terhad…
Berita Global
Kit badan G805 ini berjaya menambah sebanyak 10 mm kepada ukuran lebar asal G-wagen, menjadikan…
Berita Global
Mercedes-Benz EQG   SUV off-road ikonik G-Class (atau Gelandewagen) kini dijelmakan semula…