Mercedes-AMG G 63 4×4² - G-wagen dengan gandar portal, nadi V8 577 hp/850 Nm

oleh Mohamad Hanif|
Mercedes-AMG baru-baru ini memperlihatkan gambar rasmi model G 63 4×4² yang menggandingkan prestasi V8 turbo berkembar dengan ciri-ciri off-road seperti jarak kelegaan tanah yang tinggi dan penggunaan gandar portal.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

G-wagen yang tinggi ini telah diberikan naik taraf seperti penambahan fender lebar, rim 22 inci, bar LED pada bahagian bumbung, layangan warna hijau khas, serta kemasan aksen gentian karbon termasuk pada bahagian tempat tayar simpanan di belakang.
 

G-wagen


Kemasan gentian karbon juga boleh didapati pada ruang kabin, diikuti dengan grafik permulaan khas pada kokpit digital, serta sistem pencahayaan ambien.

Mercedes-AMG G 63 4×4² menggunakan nadi bentangan V8 4.0 liter turbo berkembar yang sama seperti model G 63 standard, menghasilkan 577 hp dan 850 Nm.

Prestasi pecutan tidak didedahkan, kemungkinan besar jauh lebih perlahan disebabkan oleh penambahan ketinggian kenderaan, berat badan dan penggunaan roda yang agak besar.
 

G63


Terima kasih kepada penggunaan gandar portal, jarak kelegaan tanah G 63 4×4² ini bertambah kepada 351 mm, dan mampu meredah air sedalam 910 mm.

Sudut pendekatan juga kini bertambah kepada 45 darjah.
 

G 63


Lebih banyak spesifikasi terperinci bakal diumumkan dalam masa terdekat, namun menurut Mercedes-AMG, model G 63 4×4² ini bakal menjadi model terakhir yang didatangkan dengan enjin pembakaran dalaman tulen bagi memberikan laluan kepada G-wagen berkuasa elektrik.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Pada Mac lalu GLA 35 4MATIC diperkenal di peringkat antarabangsa dan kini giliran GLA 45 S…
Berita Global
Menurut data daripada JATO Dynamics (seperti yang dilaporkan oleh Motor1), angka jualan AMG…
Pelancaran
Ia dikuasakan enjin empat silinder sebaris 2.0 liter turbo berkuasa 421 hp dan 500 Nm, dipadankan…