Mercedes-AMG EQS 53 4MATIC+ 2023, dwi-motor 761 hp/1020 Nm, jarak gerak 571 km, dari RM798,888

oleh Mohamad Hanif|
Mercedes-Benz Malaysia membawakan sedan elektrik berprestasi tinggi di bawah jenama AMG, iaitu Mercedes-AMG EQS 53 4MATIC+ untuk pasaran tempatan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Dari segi kuasa, EQS 53 4MATIC+ membawakan tetapan dua motor elektrik yang mampu menjana kuasa 658 hp dan 950 Nm, dengan prestasi pecutan 0-100 km/j dalam masa 3.8 saat.

Dengan pakej AMG Dynamic Plus, output maksimum mampu mencecah 761 hp dan daya kilas 1,020 Nm dengan mengakses mod RACE START, di mana pecutan ke 100 km/j kini sepantas 3.4 saat, sementara kelajuan tertinggi dihadkan kepada 250 km/j.
 

A


Selain itu, EQS 53 4MATIC+ turut dilengkapi dengan sistem suspensi adaptif AIRMATIC, serta sistem stereng gandar belakang yang mampu mencapai sudut putaran sehingga sembilan darjah, menyumbang kepada pengendalian yang lebih lincah, serta mengurangkan radius putaran terutama di tempat yang sempit.

Model sedan AMG ini boleh dibezakan menerusi kehadiran panel jeriji seakan Panamericana yang biasa didapati pada model ICE, diikuti dengan logo AMG, bampar depan yang lebih agresif, rim aloi AMG bersaiz 21 inci yang lebih aerodinamik, serta kehadiran spoiler belakang.
 

AMG


Aspek aerodinamik turut dititikberatkan seperti penambahan splitter hadapan, panel sisi AMG, apron belakang, serta rim yang disebutkan tadi, membolehkan EQS 53 4MATIC+ ini mencapai angka kadar pekali seretan (Cd) serendah 0.23 sahaja!

Selain aspek aerodinamik, EQS AMG ini turut dilengkapi dengan pek bateri sebesar 108.4 kWh dengan jarak gerak yang mampu mencecah sejauh 513 hingga 571 km (data WLTP).

Sistem pengecasan pantas 200 kW membolehkan jarak gerak EQS AMG bertambah sebanyak 300 km (WLTP) dalam tempoh masa 19 minit sahaja, selain boleh dicas di rumah menggunakan pengecasan AC 11 kW (11 jam 15 minit).

Fungsi ECO Charging bertujuan untuk mengurangkan beban yang dikenakan ke atas bateri, sekaligus memanjangkan jangka hayat bateri.
 

AMG


Sistem brek terdiri daripada angkup enam omboh dan rotor sebesar 415 mm di hadapan, sementara gandar belakang pula menggunakan angkup omboh tunggal dan rotor 378 mm.

Pembeli boleh menaiktaraf sistem brek sedia ada kepada sistem brek seramik AMG yang menampilkan rotor sebesar 440 mm di hadapan. Kedua-dua sistem ini mempunyai fungsi -Booster yang membolehkan kadar pemulihan tenaga yang lebih cekap, dan telah ditala khas untuk model-model AMG.
 

AMG


Untuk ruang kabin, EQS 53 4MATIC+ ini dilengkapi dengan tempat duduk balutan kulit Nappa, roda stereng AMG (kombinasi gentian karbon dan mikrofiber), butang kawalan khas AMG, pedal sports AMG, kemasan gentian karbon AMG, serta tidak ketinggalan sistem skrin MBUX Hyperscreen yang menyokong Apple CarPlay, Android Auto dan sistem audio Burmester 3D.

Terdapat juga perisian AMG TRACK PACE yang menjadi sebahagian daripada sistem MBUX, membolehkan ia merekodkan data spesifik kenderaan termasuklah catatan masa, kelajuan, pecutan dan sebagainya.

Aspek keselesaan penumpang tidak dilupakan, di mana model ini turut mempunyai ciri tempat duduk dengan fungsi memori, sistem kawalan iklim automatik, pakej Acoustic Comfort, sistem pencahayaan ambien aktif, pengecasan peranti tanpa wayar, serta kaca berlaminasi yang mampu menapis haba, infra-merah dan bunyi bising.
 

AMG


Ciri keselamatan yang wujud pada model sedan AMG ini termasuklah pakej Driving Assistance Plus, bantuan pengekalan lorong aktif, sistem PRE-SAFE, sistem kamera 360 darjah, bantuan parkir aktif, bantuan stereng aktif, serta bantuan pergerakan evasif.

Untuk pasaran Malaysia, harga jualan Mercedes-AMG EQS 53 4MATIC+ bermula dari RM798,888 atas jalan tanpa insurans (termasuk 10 peratus SST).

Berita Berkenaan

Informasi
Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya rasa bertuah kerana Mercedes-Benz Malaysia tidak lokek…
Model Terbaharu
Tidak seperti penawaran C 200 dan C 300 sedia ada, C 350 e secara asasnya merupakan sebuah sedan…
Pelancaran
Tidak seperti model terdahulu, GLA-Class hanya boleh didapati dalam varian tunggal GLA 200 sahaja,…