Mercedes-AMG EQS 53 2023 - sedan elektrik pantas 751 hp, 1020 Nm!

oleh Mohamad Hanif|
Mercedes-AMG EQS 53 2023 merupakan jawapan AMG kepada persoalan bagaimanakah roh dan semangat AMG boleh dikekalkan walaupun dunia kini sedang beralih kepada penggunaan trenkuasa elektrik.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Sebagai sebuah sedan elektrik yang pantas, Mercedes-AMG EQS 53 menawarkan konfigurasi motor elektrik berkembar (talaan spesifik AMG) yang berupaya menghasilkan 649 kuasa kuda dan 950 Nm dalam keadaan standard.

Tidak cukup?
 

EQS 53


Usah risau kerana pakej Dynamic Plus 'mampu menyahkunci' keupayaan sebenar EQS 53 AMG ini supaya mampu menghamburkan kuasa setinggi 751 hp dan daya kilas 1,020 Nm dengan hanya menekan mod 'Race Start'.

Tetapan ini membenarkan pecutan 0-100 km/j dalam masa 3.4 saat sahaja, jauh lebih pantas berbanding versi standard (3.8 saat), sementara kelajuan tertinggi dihadkan secara elektronik kepada 250 km/j (atau 220 km/j dalam mod standard).

Pek bateri lithium-ion 400 voltan berkapasiti 107.8 kWh ini turut dilengkapi dengan sistem pendawaian spesifik AMG yang membenarkan jarak operasi sejauh 580 km mengikut data WLTP, sedikit kurang berbanding 770 km yang ditawarkan pada versi bukan AMG.
 

EQS


Secara standard, sedan elektrik AMG ini mempunyai sistem suspensi udara adaptif AMG RIDE CONTROL+, di mana suspensi four-link hadapan dan multi-link belakang didatangkan dengan komponen spesifik AMG untuk pengendalian yang lebih baik.

Tidak ketinggalan, sistem stereng gandar belakang yang membenarkan pergerakan roda belakang sehingga sembilan darjah, bertujuan untuk mengurangkan radius pusingan terutama ketika melalui tempat yang sempit.

Sistem pemberhentian AMG pula terdiri daripada angkup enam omboh dengan rotor 415 mm di depan, dan angkup omboh tunggal dengan rotor 378 mm.

Terdapat opsyen untuk mendapatkan brek seramik AMG dengan rotor bersaiz 440 mm, namun kedua-dua sistem dilengkapi dengan ciri i-Booster yang menawarkan kadar pemulihan tenaga yang cekap.
 

EQS


Untuk tidak menjadikan kereta berprestasi tinggi ini terlalu bisu, para jurutera di AMG telah menambah ciri bunyi yang tersendiri digelar sebagai AMG Sound Experience.

Sistem AMG Sound Experience ini mampu mengeluarkan 'bunyi bising' menerusi pembesar suara di dalam kabin serta bahagian luar kereta dengan pemilihan sehingga empat mod yang berbeza, iaitu Balanced, Sport, Powerful dan Performance.

Dari segi luaran, Mercedes-AMG menawarkan rekaan bampar yang sama seperti pakej AMG Line, namun dibezakan dengan beberapa ciri seperti elemen rekaan gril Panamericana tertutup, spoiler belakang, serta rim aloi bersaiz 21 atau 22 inci.
 

EQS


Ruang kabin pula menempatkan sistem skrin gergasi MBUX Hyperscreen yang dilengkapi dengan grafik dan fungsi spesifik AMG seperti sistem telemetri AMG Track Pace.

Kemasan sporti turut dimuatkan seperti tempat duduk AMG yang dibaluti kulit Artico (atau kulit Nappa), roda stereng AMG balutan kulit Nappa, paddle shifter aluminium, serta jahitan kontras merah.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
   Juga baharu fungsi transparent bonnet yang memaparkan pandangan maya pada bahagian bawah depan…
Berita Global
Berbanding varian berkuasanya GT63, Mercedes-AMG GT43 bersama nadi baharu itu turut tidak…
Informasi
Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya rasa bertuah kerana Mercedes-Benz Malaysia tidak lokek…