Mercedes-AMG E 63 S Final Edition - selamat jalan nadi V8!

oleh Mohamad Hanif|
Sebagai satu penghormatan (dan tanda selamat jalan) kepada nadi V8 turbo berkembar, Mercedes-AMG baru-baru ini melancarkan sebuah model pantas Mercedes-AMG E 63 S 4MATIC+ yang boleh didapati dalam versi sedan dan juga wagon.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Model edisi terhad ini hanya akan dihasilkan sebanyak 999 unit sahaja di mana ia juga berperanan sebagai model pengakhiran bagi generasi E-Class sedia ada yang akan digantikan dengan generasi baharu serta penggunaan trenkuasa plug-in hybrid yang menggantikan peranan nadi V8 turbo berkembar itu.

Model Final Edition ini didatangkan khas dengan penampilan warna eksklusif matte graphite gry magno, diikuti dengan rim AMG tempa bersaiz 20 inci, logo khas beserta grafik AMG, serta AMG Night Package yang membawakan kemasan hitam berkilat pada splitter depan, trim fender, trim tingkap, perumah cermin sisi, diffuser belakang dan tip ekzos trapezoid.
 

E 63 S


Secara alternatifnya, pembeli boleh mendapatkan Carbon Packages I dan II untuk trim gentian karbon.

Selain itu, terdapat juga lampu lopak berlogokan AMG, plet ambang pintu dengan logo AMG beriluminasi, pakej AMG Performance Seat balutan kulit Nappa titanium grey pearl/hitam  yang menawarkan sokongan boleh laras berkuasa elektrik dan ciri pemanas.
 

AMG


Penggunaan kulit Nappa itu tadi juga boleh didapati pada kluster instrumen serta roda stereng AMG Performance yang diselangi dengan balutan bahan gentian mikro Dinamica.

Akhir sekali, lencana AMG Final Edition pada bahagian konsol tengah yang menandakan status jentera ini sebagai model edisi terhad.

Dari segi kuasa, E 63 S 4MATIC+ ini dilengkapi dengan nadi bentangan V8 turbo berkembar 4.0 liter yang mampu menjana kuasa 603 hp dan 850 Nm, dipadankan dengan sistem pacuan semua roda, serta mod Drift yang lebih bias kepada gandar belakang.
 

AMG


Setiap pembelian model Final Edition ini akan disertakan dengan kain pelindung khas AMG sebagai tanda penghargaan dan hadiah buat pemilik.

Namun, tiada sebarang harga jualan diumumkan buat masa ini.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Sebagaimana yang dilaporkan oleh Abdul Latif Jameel Motors, pengedar sah kenderaan Toyota di Arab…
Berita Global
Daripada jumlah tersebut, 350 unit dikhususkan untuk pasaran Kanada, dan unit yang masih lagi…
Berita Global
Namun, seperti yang diberitakan sebelum ini, SUV off-road ikonik itu kian menghampiri penghujung…