Mercedes-AMG dedah perincian model hibrid, EV berprestasi tinggi, pecutan 0-96 bawah tiga saat!

oleh Mohamad Hanif|
Mercedes-AMG tidak ketinggalan di dalam perlumbaan elektrifikasi yang melanda dunia pada ketika ini, dan jenama yang sinonim dengan kenderaan berprestasi tinggi itu bakal hadir dengan beberapa buah model hibrid dan EV sepenuh masa.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

EV AMG

 

Mercedes-AMG bakal menggunakan senibina Mercedes-EQ di dalam penghasilkan EV berprestasi tinggi dan ia bakal diposisikan sama paras dengan barisan model AMG 43 dan AMG 53 sedia ada.

Apa yang pasti, setiap model ini bakal menampilkan motor elektrik berkembar yang menawarkan sistem pacuan semua roda, dan kadar pengedaran daya kilas yang modular.

Menurut Mercedes-AMG, kuasa yang mampu dihamburkan itu menyamai angka output yang dihasilkan oleh enjin paling berkuasa 4.0 liter V8 turbo berkembar yang membolehkan pecutan 0-96 km/j kurang dari empat saat dan kelajuan tertinggi 250 km/j.

 


Setiap model bakal menampilkan bateri lithium-ion 400 Voltan, sistem suspensi AMG Ride Control+, dan fungsi AMG i-Booster yang menggandingkan rekuperasi elektrik dan brek hidraulik ketika fasa nyahpecutan.

Selain daripada itu, disebabkan ketiadaan enjin pembakaran dalaman, Mercedes-AMG akan menghadirkan pakej bunyi bagi menghasilkan bunyi yang tersendiri untuk setiap model EV AMG ini.

Sama seperti model Mercedes-AMG sedia ada, setiap model EV AMG ini akan dibezakan dengan pakej stail yang unik seperti bampar, diffuser, roda AMG dan juga gril hadapan.

 

Hibrid AMG


Selain daripada trenkuasa elektrik, Mercedes-AMG tidak pernah melupakan peranan enjin pembakaran dalaman untuk setiap model berprestasi tinggi.

Untuk model-model hibrid AMG pada masa akan datang, pengeluar Jerman itu akan membangunkan trenkuasa hibrid yang menggunakan enjin empat silinder dan enam silinder sebaris yang dipadankan dengan motor elektrik, bateri prestasi tinggi dan sistem pacuan semua roda AMG Performance 4MATIC+.

Motor elektrik itu tadi dibangunkan oleh AMG yang menggerakkan roda belakang, dan mampu menghasilkan sehingga 201 kuasa kuda dan 320 Nm, dan kuasa tersebut boleh disalurkan kepada roda hadapan sekiranya berlaku gelinciran yang berlebihan di bahagian belakang.

Sama seperti Porsche Taycan, sistem transmisi dua kelajuan memberikan prestasi pecutan yang cemerlang dari pegun.

 


Beberapa mod pemanduan turut disertakan seperti Electric, Comfort, Sport, Sport+, Race dan Individual, dan setiap mod menampilkan sistem AMG Dynamics yang mengawal kawalan kestabilan elektronik, AWD, dan diff kekunci gandar belakang elektronik.

Dalam versi terulung, model hibrid AMG bakal menampilkan enjin bentangan V8 turbo berkembar (Mercedes-AMG GT73e) yang mampu menghamburkan kuasa sehingga 804 kuasa kuda dan 1,000 Nm, dan membenarkan pecutan 0-96 km/j dalam masa kurang tiga saat!

Mercedes-AMG juga turut mengesahkan penggunakan trenkuasa 2.0 liter plug-in hybrid untuk generasi baharu AMG C 63, yang terdiri daripada enjin M139 yang dipasang secara menegak dan mampu menghasilkan kuasa sehingga 441 hp.

Gandingan dengan motor elektrik 201 hp itu bakal membuatkan C 63 AMG menghamburkan kuasa sehingga hampir 650 kuasa kuda.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
   Juga baharu fungsi transparent bonnet yang memaparkan pandangan maya pada bahagian bawah depan…
Berita Global
Berbanding varian berkuasanya GT63, Mercedes-AMG GT43 bersama nadi baharu itu turut tidak…
Informasi
Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya rasa bertuah kerana Mercedes-Benz Malaysia tidak lokek…