Mercedes-AMG CLE 53 4MATIC+ Coupé rasmi di Malaysia – Enjin 3.0L mild hybrid, 449 HP, 560 Nm, dari RM722,888

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Mercedes-Benz Malaysia rasmi memperkenalkan Mercedes-AMG CLE 53 4MATIC+ Coupé untuk pasaran tempatan, sebuah model dua pintu yang menjadi wajah baharu dalam segmen coupé prestasi tinggi.

Model ini direka sebagai penghubung antara C-Class dan E-Class yang menggabungkan kelincahan C-Class dengan ruang serta status E-Class. 

Hasilnya, CLE 53 tampil sebagai coupé serba mewah yang bukan sahaja agresif di jalan lurus, tetapi juga lincah di selekoh.

 

2

 

Di bawah bonet, CLE 53 dipacu oleh enjin 3.0 liter enam silinder sebaris turbo, dipadankan dengan sistem mild-hybrid 48 volt.

Hasilnya, ia menghasilkan 449 hp dan 560 Nm (dengan overboost, tork boleh mencecah 600 Nm untuk 12 saat), motor elektrik bersepadu pula menyumbang kuasa tambahan 23 hp dan 205 Nm.

Pecutan dari 0-100 km/j hanya mengambil 4.2 saat, dengan kelajuan maksimum 250 kmj atau 270 kmj jika dilengkapi dengan AMG Driver’s Package. 

 

3

 

Kuasa tersebut disalurkan menerusi transmisi AMG SPEEDSHIFT TCT 9G dan sistem pacuan semua roda pintar AMG Performance 4MATIC+.

Dari segi reka bentuk, CLE 53 menyerlah dengan gril A-shape AMG, lampu DIGITAL LIGHT, serta rekaan “Shark Nose” yang memberikan rupa tajam dan dinamik. 

Bahagian sisi menonjolkan fender lebar bersama rim 20 inci AMG Y-spoke, disertai angkup brek merah yang jelas beridentiti AMG.

 

4

 

Bahagian belakang pula dihiasi lampu LED, spoiler lip, serta ekzos berkembar bulat yang kemas dan berfungsi meningkatkan aliran aerodinamik. 

Pakej tambahan seperti AMG Night Package atau AMG Exterior Carbon-Fibre Package turut ditawarkan untuk memberi lebih sentuhan sporty dan eksklusif.

Masuk ke bahagian dalam, CLE 53 menawarkan suasana futuristik dengan paparan digital 12.3 inci dan skrin tengah 11.9 inci dalam format menegak. 

 

5

 

Pemandu juga boleh menikmati kerusi AMG Performance dengan balutan ARTICO/MICROCUT bersama jahitan kontras merah, tali pinggang merah, serta kemasan gentian karbon.

Sistem hiburan diperkukuh dengan Burmester® 3D surround sound, manakala fungsi seperti head-up display dan AMG TRACK PACE melengkapkan ciri kereta prestasi sejati.

Mercedes-AMG CLE 53 4MATIC+ Coupé dijual bermula RM722,888 (atas jalan tanpa insurans, termasuk SST 10%),dengan pakej teknologi dan rekaan eksklusif, model ini jelas menjadi penanda aras baharu coupé mewah berprestasi tinggi di Malaysia.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Enjin 3.0L Inline-Six Lebih Berkuasa Di bawah bonet, GLC 53 kini menggunakan enjin…
Berita Global
Rekaan Luaran Lebih Ganas dan ‘Bespoke’ Daripada imej prototaip yang didedahkan, badan kenderaan…
Berita Global
Reka Bentuk dan Varian Ditawarkan Setiap stroller hadir dengan sistem suspensi boleh laras untuk…