Mercedes-AMG CLA35 dan CLA 45 S 2023 diperkenal, ada edisi khas AMG Street Style Edition!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Mercedes-AMG CLA AMG Street Style Edition
Mercedes-AMG CLA AMG Street Style Edition
Buat penggemar coupe dan wagon empat pintu, Mercedes-AMG telah memperkenalkan CLA 35 dan CLA 45 S rupa baharu (facelift) dan kali pertama sejak dilancarkan pada 2019.

Turut diperkenalkan kali ini ialah edisi terhad istimewa AMG Street Style Edition khusus untuk kedua-dua gaya badan model 45 S.

Dari segi gayaan, kedua-dua CLA 35 4MATIC Coupé dan CLA 35 4MATIC Shooting Brake diberi gril radiator AMG dengan bilah menegak, apron depan baharu dan logo bulat AMG.

Melengkapi bahagian depan ialah lampu nyalaan siang baharu (DRL). CLA 45 S 4MATIC+ Coupé dan CLA 45 S 4MATIC+ Shooting Brake menerima lampu dengan bahagian dalam baharu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Mercedes-AMG CLA dan CLA Shooting Brake 2023

 

Lampu puncak untuk kedua-dua model itu didatangkan dengan LED atau teknologi MULTIBEAM LED.

Selain bahagian depan, kesemua model dilengkapi rim aloi baharu.

Ada tiga jenis rim untuk AMG 35 iaitu standard 18 inci sepuluh rongga warna hitam dan permukaan perak atau pilihan 19 inci dengan lima rongga berkembar.

Rim 19 inci ada dua pilihan warna iaitu hitam kusam dan permukaan perak atau hitam kusam dengan bingkai perak.

 

Mercedes-AMG CLA 35 Shooting Brake 2023

 

Rim AMG 45 S pula standard dengan saiz 19 inci, corak lima rongga berkembar dan dalam warna hitam kusam dan permukaan perak.

Pembeli juga boleh mendapatkan rim yang sama dalam warna hutam kusam dan bingkai perak.

Pada bahagian dalam, pembeli yang berminat boleh mendapatkan balutan baharu untuk kerusi sport standard atau pilihan kerusi AMG Performance.

Kombinasi kulit ARTICO dengan mikrofiber MICROCUT juga boleh dipesan dalam warna brown bahia. Kelabu atau hitam sage pula warna baharu untuk kulit ARTICO.

 

Mercedes-AMG CLA 35 2023

 

Selain itu, warna red pepper atau hitam ditawarkan buat kali pertama untuk balutan kulit kerusi. 

Kesemua model Mercedes-AMG CLA dilengkapi sistem Mercedes-Benz User Experience (MBUX) terkini dengan lebih prestasi dan skrin khas AMG.

Juga standard ialah stereng AMG Performance dengan butang kawalan yang membolehkan beberapa tetapan penting dibuat tanpa mengalihkan tangan dari stereng.

 

Mercedes-AMG CLA 35 Shooting Brake 2023

 

Berikut ciri-ciri dan perbezaan rangkaian kuasa Mercedes-AMG CLA 35 dan A 45 S:

Mercedes-AMG CLA 35:

  • Enjin M260 1,991 cc turbo 4 silinder
  • Sistem mild-hybrid 48V dan penjana penghidup pacuan tali sawat (RSG) generasi kedua dan menghasilkan lonjakan kuasa sementara 13 hp
  • Kuasa 306 hp @ 5,800 rpm dan tork 400Nm @ 3,000 - 4,000 rpm
  • Transmisi AMG SPEEDSHIFT DCT 8G DCT, pacuan AMG Performance 4MATIC variable all-wheel drive
  • Radiator depan baharu untuk pengurusan suhu lebih baik 
  • Pecutan 0 - 100 km/j dalam 4.9 saat, kelajuan maksimum 250 km/j
Mercedes-AMG CLA 35 2023

 

Mercedes-AMG CLA A 45 S:

  • Enjin M139 1,991 cc turbo (twin scroll) 4 silinder
  • Kuasa 421 hp @ 6,750 rpm dan tork 500Nm @ 5,000 - 5,250 rpm
  • Transmisi AMG SPEEDSHIFT DCT 8G DCT
  • Pacuan AMG Performance 4MATIC+ fully variable all-wheel drive dengan AMG TORQUE CONTROL
  • Pecutan 0 - 100 km/j dalam 4.1 saat, kelajuan maksimum 270 km/j

Mercedes-AMG CLA AMG Street Style Edition 2023

 

AMG Street Style Edition untuk CLA 45

Pembeli yang mahukan sesuatu lebih istimewa ditawarkan edisi terhad AMG Street Style Edition untuk kedua-dua CLA 45 S 4MATIC+ Coupé dan Shooting Brake.

Bahagian luar menggunakan warna MANUFAKTUR mountain grey magno dan grafik sisi dengan logo AMG dan latar belakang bendera penamat.

Lebih meriah apabila diriasi garisan warna oren pendarfluor dari depan hingga belakang kereta.

Turut menjadi ciri khas ialah pakej AMG Aerodynamics, AMG Night I dan II dan penutup tangki minyak AMG. 

 

Mercedes-AMG CLA AMG Street Style Edition 2023

 

Rim 19 inci edisi ini menggunakan corak lima rongga berkembar dalam warna hitam kusam dan bingkai perak.

Selain itu, pembeli diberi pilihan rim tempa (forged) AMG 19 inci dalam warna hitam kusam dan bingkai perak kilatan tinggi. 

Di sebalik rim tersebut ialah angkup brek warna merah yang menaikkan imej kontra. 

 

Mercedes-AMG CLA AMG Street Style Edition 2023

 

Bahagian dalam AMG Street Style Edition juga berbeza dengan kerusi AMG Performance dalam balutan mikrofiber MICROCUT hitam dan riasan oren terang.

Stereng AMG Performance dibalut kulit dan mikrofiber MICROCUT dan papan pemuka dengan corak khas.

Kaki pemandu dan penumpang dilapik alas AMG dengan logo Street Style Edition dan sulaman oren.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
Kedua-dua A 35 dan CLA 35 AMG itu didatangkan dalam warna Cosmos Black Metallic atau Digital White…
Berita Global
Dinamakan sebagai AMG Aerodynamics Package Plus, penawaran kit ini merangkumi pemasangan splitter…
Model Terbaharu
Mercedes-Benz Malaysia baharu sahaja melancarkan sedan A-Class yang hadir dengan dua varian utama,…