Mercedes-AMG CLA 45 S 4MATIC+ Coupe 2023 – nadi 2.0L turbo, 421 hp, 500 Nm, dari RM527,888

oleh Mohamad Hanif|
Mercedes-Benz Malaysia hari ini mengumumkan ketibaan kereta sports Mercedes-AMG CLA 45 S 4MATIC+ Coupe 2023 untuk pasaran tempatan, sebagai pelengkap kepada penawaran hot hatch A 45 S yang telah dilancarkan sebelum ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia dikuasakan enjin empat silinder sebaris 2.0 liter turbo berkuasa 421 hp dan 500 Nm, dipadankan dengan  sistem pacuan semua roda 4MATIC, AMG Torque Contol dan AMG Ride Control.
 

CLA


Secara standard, CLA 45 S AMG ini mendapat kemasan jeriji AMG, rim AMG bersaiz 19 inci aerodinamik, sistem lampu MULTIBEAM LED, lampu belakang LED, diikuti dengan pakej AMG Night Package II, dan AMG Aerodynamics.

Pembeli juga boleh mendapatkan rim AMG tempa 19 inci jenis cross-spoke atau rim AMG 19 inci twin-spoke secara opsyen, diikut pakej AMG Aerodynamics Package Plus.
 

CLA


Ruang dalam CLA 45 S AMG ini membawakan skrin paparan 10.25 inci berkembar, roda stereng AMG Performance baharu balutan kulit nappa/Mikrofiber, butang khas lengkap dengan paparan, skrin paparan head-up, serta tali pinggang keledar berwarna merah.

Selain daripada itu, sistem MBUX generasi terkini turut menyokong sambungan kepada Apple CarPlay dan Android Auto secara nirwayar, bantuan arahan berbentuk suara Hey Mercedes, sistem navigasi, sistem bunyi Burmester, dan tidak ketinggalan ciri AMG TRACK PACE untuk kegunaan di dalam litar.

Terdapat dua varian yang ditawarkan, iaitu versi standard dan juga AMG Street Style Edition.
 

CLA


CLA 45 S AMG Street Style Edition membawakan warna mountain grey MAGNO MANUFAKTUR, rim aloi bersaiz 19 inci, angkup brek berwarna merah, diikuti dengan pakej AMG Aerodynamics, AMG Night Package I & II, serta penutup tangki bahan api AMG.

Sementara kemasan dalaman juga sedikit berbeza, di mana ia menampilkan tempat duduk AMG Performance balutan ARTICO/MICROCUT, kemasan aksen dan jahitan jingga, label CLA 45 S berwarna jingga, roda stereng AMG Performance kulit/MICROCUT, trim aluminium AMG, serta alas lantai AMG Street Style Edition.

Harga jualan bermula dari RM527,888 untuk versi standard, sehingga RM557,888 untuk versi Street Style Edition.

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
AMG GT63 S E Performance dikuasakan nadi V8 4.0 liter turbo berkembar bersama bantuan motor…
Berita Global
   Juga baharu fungsi transparent bonnet yang memaparkan pandangan maya pada bahagian bawah depan…
Berita Global
Berbanding varian berkuasanya GT63, Mercedes-AMG GT43 bersama nadi baharu itu turut tidak…