Mercedes-AMG CLA 35 Shooting Brake - jentera AMG aras mula yang praktikal!

oleh Mohamad Hanif|
Jaecoo J7 MREC Banner Campaign March 2025

Mahukan sebuah jentera AMG yang serba pantas, lebih garang dan praktikal dalam masa yang sama? 

Mercedes-AMG sekali lagi membawakan anda pilihan di dalam segmen subkompak jentera pantas AMG dengan memperkenalkan sebuah pakej Shooting Brake kepada versi Mercedes-AMG CLA 35. 
 


Jika anda masih ingat, beberapa bulan lalu Mercedes-AMG baharu sahaja melancarkan CLA 35 versi sedan yang lebih agresif, dan jantung berkuasa 302 hp. 

Seperti 'kembarnya', Mercedes-AMG CLA 35 Shooting Brake ini turut dilengkapkan dengan jantung berkapasiti 2.0 liter turbo empat silinder sebaris menghasilkan 302 hp dan 400 Nm daya kilas. 
 


Dengan gandingan transmisi klac berkembar tujuh nisbah kelajuan, kuasa tersebut disalurkan kepada pacuan 4Matic dengan catatan masa 0-100 km/j dalam masa 4.9 saat sahaja. 

Dari segi spesifikasi, ia hampir serupa dengan apa yang ditawarkan oleh CLA 35 sedan, termasuklah rim 18 inci (boleh dinaik taraf kepada 19 inci), kit badan unik, serta tip ekzos berkembar. 
 


Mod pemanduan pula boleh dipilih menerusi ciri AMG Dynamic Select (Smoothness, Comfort, Sport, Sport+ dan Individual). 

Manakala ciri opsyen AMG Track Pace yang merupakan sebahagian daripada sistem infotainmen MBUX mampu merekodkan lebih daripada 80 data spesifik kenderaan seperti kelajuan dan pecutan. 
 


Sama seperti keluarga Mercedes moden, model AMG CLA 35 juga turut ditawarkan sistem infotainmen MBUX dengan dua skrin paparan lebar 10.25 inci dan mod paparan spesifik AMG: Classic, Sport dan Supersport. 

Ruang dalaman pula diberikan tempat duduk sports dengan kemasan trim dua tona dengan pilihan warna hitam/merah atau hitam/kelabu dan diakhiri dengan sistem pencahayaan ambien.
 


Jadi, jika anda inginkan sebuah jentera sports aras mula AMG yang praktikal untuk kegunaan seharian (seperti ke tempat kerja dan menghantar anak pergi sekolah), Mercedes-AMG CLA 35 Shooting Brake adalah jawapan kepada persoalan anda. 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Model ini dikuasakan enjin enam silinder sebaris 3.0 liter yang telah diubah suai secara…
Berita Global
  Perkakasan gentian karbon dengan ciri aerodinamik pada bahagian bawah tampil berbeza dengan…
Berita Global
  Pemandu juga orang yang sama iaitu Maro Engel, duta jenama Mercedes-AMG dan pelumba DTM. …