Mercedes-AMG CLA 35 buat kemunculan rasmi - sedan 302 hp!

oleh Mohamad Hanif|
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
CHERY Omoda 5 NCAP MREC Banner Campaign September 2024

Mercedes-Benz Malaysia baharu sahaja melancarkan sedan A-Class yang hadir dengan dua varian utama, sama seperti kembar hatchbacknya A 200 dan A 250 AMG Line. 

Namun, bagi mereka yang tidak begitu gemarkan rupa luaran A-Class yang begitu ringkas, dan mahukan lebih prestasi, Mercedes-AMG CLA 35 mungkin model yang sesuai dengan jiwa anda. 

Mercedes-AMG CLA 35 merupakan sebuah lagi model AMG ditawarkan bagi memberikan lebih pilihan kepada para peminat kelajuan yang masih memikirkan tahap praktikaliti sebuah sedan. 
 


Di bawah hud enjin, terletaknya jantung utama empat silinder sebaris 2.0 liter twin-scroll turbo yang mampu menghamburkan kuasa 302 ekor kuda dan daya kilas 400 Nm yang memacu semua roda. 

Kuasa ini dipadankan dengan transmisi klac berkembar tujuh nisbah kelajuan, memberikan pecutan anggaran sepantas 4.6 saat dari 0-100 km/j. 
 


Untuk versi AMG, Mercedes memberikan sedikit penambahbaikan rupa luaran bagi membezakan dengan model standard CLA 250 seperti gril AMG, rim standard 18 inci (boleh dinaiktaraf kepada 19 inci), peredam belakang serta tip ekzos berkembar. 

CLA 35 dipasangkan panel aluminium di bahagian bawah enjin bagi menambah kekukuhan daya kilas serta sepasang diagonal braces bagi menambah daya ketegaran casis, manakala damper adaptif ditawarkan sebagai opsyen untuk menjadikan pengendalian lebih jitu dan menyeronokkan.
 


Sama seperti keluarga Mercedes moden, model AMG CLA 35 juga turut ditawarkan sistem infotainmen MBUX dengan dua skrin paparan lebar 10.25 inci dan mod paparan spesifik AMG: Classic, Sport dan Supersport. 

Ruang dalaman pula diberikan kemasan trim dua tona dengan pilihan warna hitam/merah atau hitam/kelabu dan diakhiri dengan sistem pencahayaan ambien 64 warna. 

 


Mercedes-AMG CLA 35 akan membuat kemunculan rasmi di acara New York Auto Show 16 April ini dan harga jualan berkemungkinan besar akan diumumkan pada acara tersebut. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Pemandu juga orang yang sama iaitu Maro Engel, duta jenama Mercedes-AMG dan pelumba DTM. …
Berita Global
  Warna Obsidian Black Metallic diilhamkan dari kereta lumba Mercedes-AMG F1 dan begitu juga…
Berita Global
  Model konsep Mercedes‑AMG PureSpeed yang baru sahaja diperkenalkan. Tiada bumbung, tiada cermin…