Mercedes-AMG A45 hadir dengan mod pemanduan Drift?

oleh Mohamad Hanif|
Ini merupakan satu berita baik bagi mereka yang mahukan A45 mereka keupayaan untuk memandu secara menyenget bagi menarik perhatian orang ramai.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menerusi satu rakaman klip video bersempena sambutan Hari Krismas, Mercedes-AMG telah menguji mod pemanduan Drift dengan menggunakan A45 yang penuh dengan pelekat samaran pada bahagian hadapan di sebuah litar ATP Automotive Testing center yang terletak di Papenburg Jerman. 

Menurut bos AMG, Tobias Moers ketika berkata kepada Road & Track bulan lalu, beliau mengesahkan bahawa model A45 yang bakal hadir tidak lama lagi akan didatangkan dengan mod pemanduan Drift. 

Ia secara tidak langsung menyamai apa yang telah dilengkapkan kepada model Ford Focus RS - memberikan lebih keriangan pemanduan kepada para pemandu hot hatch di luar sana. 

 


Terima kasih kepada sistem pacuan semua roda unik 4Matic dan talaan kepada sistem ECU yang membolehkan model AMG A45 ini mampu mengekalkan sudut pemanduan yang sangat menarik ketika beraksi di hadapan kamera. 

Mungkinkah Mercedes-AMG A45 dengan mod Drift ini hot hatch pilihan anda?

Berita Berkenaan

Berita Global
   Juga baharu fungsi transparent bonnet yang memaparkan pandangan maya pada bahagian bawah depan…
Berita Global
Berbanding varian berkuasanya GT63, Mercedes-AMG GT43 bersama nadi baharu itu turut tidak…
Informasi
Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya rasa bertuah kerana Mercedes-Benz Malaysia tidak lokek…