Mercedes-AMG A35 4MATIC Sedan 2020 dilancarkan - 306 hp, 0-100 km/j 4.8s!

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Setelah hatchback AMG A35 dilancarkan pada tahun lalu, giliran kembar sedannya Mercedes-AMG A35 4MATIC pula membuat kemunculan rasmi dengan tambahan ruang kargo sebesar 420 liter di bahagian belakang. 

Seperti kembarnya, sedan A35 ini menggunakan enjin petrol turbo 2.0 liter empat silinder sebaris menghasilkan 306 kuasa kuda dengan daya kilas 400 Nm yang masuk antara julat 3,000 - 4,000 rpm. 
 


Kuasa ini dipadankan dengan transmisi AMG Speedshift 7G tujuh nisbah kelajuan sebelum disalurkan kepada pacuan semua roda 4MATIC dengan bias kuasa 50% kepada gandar belakang. 

Pecutan dari pegun pula mampu mencapai kepantasan 4.8 saat - 0.1 saat lambat berbanding versi hatchbak - sebelum mencecah kelajuan 100 km/j. 
 


Mercedes-AMG A35 sedan ini menerima pakej luaran AMG Line dengan pilihan rim sebesar 18 dan 19 inci menghiasi keempat-empat ruang arca roda, manakala versi agresif AMG Aerodynamics Package merangkumi aksesori seperti splitter hadapan, dan spoiler belakang. 

Ruang kabin pula masih mengekalkan sistem infotainmen MBUX (Mercedes-Benz User Experience), panel paparan super lebar serta sistem pengaktifan suara 'Hey Mercedes', sama seperti apa yang terdapat pada varian A-Class yang lain. 
 


Mercedes juga menawarkan pakej pilihan sistem telemetrik AMG Track Pace di mana ia membolehkan pemandu merekodkan lebih daripada 80 data spesifik ketika pemanduan di dalam litar. 

Data tersebut kemudiannya boleh digunakan bagi merakamkan catatan masa peribadi di litar-litar terkemuka - Nurburgring  dan Spa-Francorchamps - serta memaparkan garisan lumba ideal menerusi fungsi MBUX Augmented Reality
 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
AMG GT63 S E Performance dikuasakan nadi V8 4.0 liter turbo berkembar bersama bantuan motor…
Berita Global
   Juga baharu fungsi transparent bonnet yang memaparkan pandangan maya pada bahagian bawah depan…
Berita Global
Berbanding varian berkuasanya GT63, Mercedes-AMG GT43 bersama nadi baharu itu turut tidak…