Mercedes-AMG A 45 S, CLA 45 S kini dalam versi Edition 55

oleh Mohamad Hanif|
Selepas kehadiran model Edition 55 dalam bentuk A 35, CLA 35 dan G 63, Mercedes-AMG kini menampilkan penawaran yang serupa untuk model kompak yang paling berkuasa CLA 45 S, A 45 S, serta CLA 45 Shooting Brake.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Berdasarkan imej yang dibekalkan, ketiga-tiga model tersebut bakal tampil dengan pakej AMG Aerodynamics yang membawakan penampilan yang agresif, diikuti dengan pakej AMG Night Package yang menampilkan kemasan hitam berkilat pada bahagian luar.

Pembeli boleh mendapatkan layangan warna Digital White Metallic atau Cosmos Black Metallic, di mana kedua-dua pilihan warna tersebut digandingkan dengan rim AMG kemasan Titanium Grey bersaiz 19 inci dengan cap tengah berlogokan Edition 55.
 

CLA 45


Selain itu, di bahagian sisi turut diperlihatkan decal retro yang menampakkan logo AMG.

Kemasan Edition 55 turut dibawakan pada ruang kabin, dengan kemasan upholsteri dua tona, serta roda stereng dengan penanda pukul 12.

Pembeli juga boleh mendapatkan kain pelindung kereta berwarna hitam yang dikemaskan dengan logo AMG berwarna perak.

Di Jerman, ia ditawarkan sebagai pakej yang dijual bermula dari €12,614 (RM57,546).

Berita Berkenaan

Berita Global
Kedua-dua A 35 dan CLA 35 AMG itu didatangkan dalam warna Cosmos Black Metallic atau Digital White…