Mercedes-AMG A 35 Sedan rasmi dilancarkan - bermula dari RM349 ribu atas jalan

oleh Mohamad Hanif|
Mercedes-AMG kini menambah ahli keluarga baharu ke dalam segmen kenderaan berprestasi tinggi dengan pelancaran sedan A-Class, iaitu Mercedes-AMG A 35 Sedan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sedan empat pintu itu sebelum ini dilancarkan dalam varian A 200, kini tampil dengan versi lebih pantas A 35 4MATIC yang dibawakan untuk para peminatnya di Malaysia. 

 


Ia dijana menggunakan enjin 2.0 liter empat silinder sebaris M260 berkuasa turbo yang mampu menghasilkan 306 kuasa kuda dan 400 Nm daya kilas yang dipadankan dengan transmisi klac berkembar tujuh nisbah kelajuan.

Sistem pacuan semua roda 4MATIC pula mampu memberikan bias kuasa 50% kepada gandar belakang. 

 


Dari segi pecutan, sedan ini mampu memecut sepantas 4.8 saat dari 0-100 km/j apabila mod Race-Start diaktifkan. 

Dengan jarak antara roda sepanjang 2,729 mm, sedan pantas ini mampu memberikan ruang dalaman yang praktikal, di mana ruang kepala sebesar 944 mm dan ruang kargo sebesar 420 liter. 

 


Mercedes-AMG A35 sedan ini menerima pakej luaran AMG Line dengan pilihan rim sebesar 19 inci menghiasi keempat-empat ruang arca roda, manakala versi agresif AMG Aerodynamics Package merangkumi aksesori seperti splitter hadapan, dan spoiler belakang.

Sistem suspensi adaptif AMG RIDE CONTROL membenarkan tiga tetapan suspensi yang boleh ditukar oleh pemandu dan mampu beroperasi secara automatik bergantung kepada situasi pemanduan dan kondisi jalan. 
 


Sebagai ciri baharu di dalam program AMG DYNAMIC SELECT, A 35 sedan hadir dengan ciri AMG DYNAMICS yang mengintegrasikan kawalan pengendalian dinamik yang menjangkaui fungsi penstabilan ESP serta intervensi brek menurut kehendak pemandu. 

Ruang kabin pula masih mengekalkan sistem infotainmen MBUX (Mercedes-Benz User Experience), panel paparan super lebar serta sistem pengaktifan suara yang mampu mendekatkan antara kenderaan, pemandu dan penumpang. 

Karakteristik AMG juga turut ditampilkan di bahagian dalaman seperti penggunaan mikrofiber DINAMICA dengan jahitan kontras merah dan juga tali pinggang keledar merah. 
 


Untuk para peminat di Malaysia, Mercedes telah menyediakan pakej Mercedes-Benz Financial yang membenarkan bayaran bulanan yang rendah dan tetap untuk satu jangka masa yang disyaratkan. 

Untuk tempoh terhad, kesemua pelan pembiayaan Plan A+ hadir dengan dua pakej servis komprehensif manakala harga jualan Mercedes-AMG A 35 Sedan pula bermula dari RM348,888. 
 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
AMG GT63 S E Performance dikuasakan nadi V8 4.0 liter turbo berkembar bersama bantuan motor…
Berita Global
   Juga baharu fungsi transparent bonnet yang memaparkan pandangan maya pada bahagian bawah depan…
Berita Global
Berbanding varian berkuasanya GT63, Mercedes-AMG GT43 bersama nadi baharu itu turut tidak…